Nabi Muhammad saw bersabda:-

“orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan pada keduanya terhadap kebaikan. Bersungguh-sungguh lah dalam meraih apa yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan merasa lemah. Jika sesuatu menimpa kamu, maka janganlah kamu mengatakan “seandainya aku melakukan begini niscaya akan begini dan begini”, akan tetapi katakanlah, “Allah telah mentaqdirkan hal itu, dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi. Kerana sesungguhnya perkataan “seandainya” akan membuka perbuatan syaitan”
--diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah r.a--


Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, Untuk mecintaiMu,Ya Allah, Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Izinkan aku menyentuh hati seseorang yang tertaut pada-Mu, Agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari-Mu, Ya Allah, Sesungguhnya aku bermohon pada-Mu untuk selalu mencintai-MU...

SAVE THE MEMORY

Monday, April 23, 2018

Sabtu | 18 MAC 2018 | 1100


InshaAllah kenangan untuk disimpan. Rasanya takde kot yang jumpa blog sis melainkan teman rapat  kahkahkah so inshaAllah tersimpan rahsia ni (konon laa) 😆😆

ok gurau je.

Sejujurnya sis tak kisah pun orang tahu. hehe
Lain orang lain pendapatnya. 
Bagi sis, bertunang tu baru satu fasa untuk kita berkenalan dengan bakal suami kita. Kita sudah diikat. Maka haram bagi lelaki lain nak caras hokeh! (konon ad la tu perasan je 😝😝)

Semasa sesi bertunang ni, baru one step closer je, belum official suami isteri lagi. Byk dugaan akan diuji. Doakan ye moga sis dan Mr Tunang sentiasa dlm lindungan Tuhan, kental jiwa dn perasaan nak hadap ujian ujian bertunang ni 😁😅.

InshaAllah bg yg dh jumpa blog ni sis akan jemput lagi okeh untuk majlis rasmi nanti. hehe

InshaAllah tahun ni. 
Dengan Izin Allah, panjang umur dan jodohnya akan sis jemput secara official okeh!

😘😘😘💓💓💓😘😘😘😘

Doakan untuk sis dan pasangan Mr KA
(masih rahsia siapakah gerangan insan itu, tak ramai penah kenal dan jumpa sbb dia tak datang pun majlis tunang haritu kihkih) mama tak bagi dtg nasib laa ye 😂😂  

semoga panjang umur, murah rezeki, jodoh berpanjangan hingga ke syurga
dirahmati Allah selalu... aaminnn 💓


sesi sarung cincin oleh bakal MIL

Bakal adik ipar yang cantikkk melecun! Yana dan Adira 😘😘



15 dulang dari lelaki

Dibalas 17 dulang dari perempuan

pelamin sendirian berhad kakak ipar buatkan hehe free je so layankan jela minat kakak ipar sis 😁😁

tepak sireh (adat melayu perak) bersama cincin tunang

wakil arwah mak (pak su) dan wakil abah (ayah kak yanti)



malu laaa 🙈
alhamdulillah

alhamdulillah

-------------------------------------------------------------------

merisik : 31 dec 2017
bertunang : 18 mac 2018
nikah : coming soon 😉
tunggu kad siap dan jika panjang umur dan jodohnya inshaAllah


💓💓💓💓

Daurah Fiqh Nisa


Isnin | 23 April 2018 | 1600


Genap setahun rupanya sis update blog ni. Tengok post sebelum ni tarikh 23 April 2017 😆😆

So betul la kan manusia ni ada sifat yang boleh datang perangai pelik atau perasaan yg tetiba nak datang, kdg kdg pada masa dan tarikh yg sama ...KOTttt 😅😅

so minggu ni setelah setahun bersemuka balik, saja je rajin sikit nak menaip blog ni... sepanjang tahun 2018 ni alhamdulillah ada beberapa perkara yang akan berubah dalam hidup sis tak lama lagi hehe,,inshaAllah 💓💓


alhamdulillah thumma alhamdulillah..
#syukurselalu

"sometimes we pretend to be someone else who someone else pretend to be us"


Oke sebab banyak benda yang dah berlaku setahun ni sis cuma nak cerita pasal Daurah Fiqh minggu lepas. Ada beberapa yang sangat sis nak simpan dalam blog ni since blog ni sis bukan utk tatapan orang pun,,, hahaha sbb sis ni bukannye instapamos pun,,,xde orang nak baca sgt kan... so ini hanyalah tatapan simpanan sis je, lepas tu boleh la clear memory tepon tu kah!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DAURAH FIQH NISA : PERMASALAHAN HAID NIFAS ISTIHADAH
Kompleks Ikram Johor
21 April 2018
Penyampai : Ustazah Dr Anisah Ab. Ghani

ok sebenarnya dan sejujurnya daurah kali ni sangat best . Amat amat best huhu.
Sebab penyampai adalah seorang yang mmg pakar dan ahli dalam bidang dan tajuk yang disampaikan. Dan paling best bila sesi QnA semua tak segan langsung bertanya soalan direct masalah masing-masing since semua yang hadir perempuan, dan ustazah pun sporting sgt paham sangat masalah orang perempuan ni 😆😆😆..

Sebennarnya banyak sgt ilmu dapat dari daurah ustazah ni. Ustazah cakap semua perempuan kadang kadang hadapi masalah berbeza-beza. Nak cerita pun kdg tak reti. Dan tak semua orang boleh tgk masalah perempuan ni lain-lain. Jadi ustazah nasihat berijtihadlah dalam diri masing-masing, TETAPI dengan ilmu asas yang benar. Tu yang ustazah ajarkan beberapa pendapat dari imam syafie, hambali, hanafi serta beberapa pandangan-pandangan ulama yang ada. Selagi ianya ada dalam perbahasan dan pendapat, wanita boleh ikut mana yang dia rasa lebih yakin, dengan kondisi permasalahan darah yang dialaminya. 






























ok so banyakkkk sgt nota dia atas ni sempat sis snap gambar. Bolehla rujuk. Tapi tulah nak story dalam blog ni rasanya macam tak dapat kot huhu.. kena jumpa depan2 utk kita sharing maring 💓💓

Tapi ada beberapa kesimpulan yang boleh kita ijtihadkan bila kita ada masalah masalah berkaitan haid 

1) Tentukan kebiasaan kita. Cara menentukan KEBIASAAN ini ada dua cara yang diajarkan oleh imam syafie dan imam hanbali. rujuk gambar di bwh



kerana dengan tempoh kebiasaan ini lah yang akan  kita pegang untuk jd mcm "benchmark" kita mcm mana kita nk menilai jenis masalah tu. Sebab ustazah pun setiap kali audience tanya masalah masing-masing, ustazah akan tanya tentang KEBIASAAN awk camna? 

2) Menilai dengan warna DARAH








3) jika tidak dapat kenal pasti warna darah?


ok perasan tak ada org ambil video hehe...nanti sis minta utp dikongsikan bersama. 😘😘
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kau dustakan 💓

Sunday, April 23, 2017

Ahad | 23 April 2017 | 2200

Malam ni 26 rejab 1428H, malam sebelum isra' mikraj 27 Rejab ..

Tadi masa jemaah kat MSI, imam baca surah ar rahman..Mendayu-dayu suara imam baca.. Umum sudah tahu kalau dengar je surah ar-rahman, ayat

  فبأي آلاء ربكما تكذبان 
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
"dan nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kau dustakan"
=======================================================================

Nak diceritakan siang td kawan aku masa mrsm dulu, Malini contact aku ajak jumpa minggu depan adik dia konvo UTM. Dh hampir 10 tahun kitorang tak jumpa. Excited gak la nak jumpa.

Lepas solat asar siang tadi, tetiba terbayang balik kenangan-kenangan dulu zaman sekolah. Serius aku tersenyum sorang2 hahaha macam-macam hal aku rasa aku dah merepek zaman sekolah dulu 😂😂😂

Harini aku nak cakap pasal nikmat!

Bila tok imam (tak tahu lah tok ke abg imam ke apa2 jelah kah!) baca surah ar rahman masa jemaah isya' kat masjid tadi, makin lah aku terngiang-ngiang balik Ya Allah... banyak nya nikmat yang Allah dah beri dalam hidup ni.. Tak terkata baaaaanyaknya...

Tak dinafikan dalam hidup ni ada naik turun. Adakalanya Allah uji kita dengan mengambil banyak perkara yang kita sayang dalam hidup ni, tapi sedar atau tak, sebenarnya banyak juga nikmat-nikmat Allah yang kita dah terima tanpa kita sedar, dan mungkin juga kadang-kadang kita lupa hendak mengucap syukur :(

Bila aku kenang balik zaman sekolah dulu, banyak sebenarnya impian yang aku cita-citakan, sebenarnya sudah pun Allah jawab dan beri, masa sekarang. 
Alhamdulillah thumma alhamdulillah💓💓
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kau dustakan💓 

Tanggal 20 May, tahun 2009, Allah ambil insan paling aku sayang. Arwah mak Allah ambil sebelum sempat aku balas jasa-jasa dia. Umur aku masa tu 19 tahun, sedang menuntut tahun kedua degree kat UTM. Belum sempat aku nak hadiahkan degree untuk mak, Allah ambil dia. Sehingga ke hari ini, ya! sehingga ke hari ini, walaupun hampir 10 tahun sudah berlalu, peristiwa saat-saat mak pergi masih segar dalam ingatan aku. Saat terakhir dia masih terbuka mata sebelum dia masuk icu, dan kemudian dia tak sedarkan diri, kemudian pergi selama-lamanya,,, saat itu masih segar dalam ingatan aku hingga harini. Mak pergi dalam kedaan musafir ilmu iaitu ketika belajar mengaji al-quran kat dewan taman perumahan aku.. aku yakin syurga untuk dia. 

Saat aku sedih, aku cuba positifkan diri, dan selalu bisik pada diri sendiri
"mak sedang berehat dan bahagia disana siti hajar... dia sedang menunggu kita, kita juga akan ke sana nanti... relakan pemergian dia, biarkan lah mak berehat, disana tempat rehat sebaik2nya,

janji ALlah di sana ialah salah satu taman-taman syurga... dunia ini tak mampu pun nak sediakan tempat kerehatan seperti di sana,,

yakinlah dengan doa yang kita iringkan, dan kesaksian bahwa mak telah mendidik aku sebaiknya, dengan bekalan al-quran dan solat cukup waktu sejak kecil, aku yakin Allah akan meletakkan mak di sebaik-baik tempat"💓💓

Kasihnya ibu kepada anaknya, kasih lagi Allah pada hambaNya, jika kita mengetahui...

walaupun sejak umur 19 tahun aku dah takda mak, tapi Allah tak pernah tinggalkan aku. Sejak itu aku makin yakin dan kenal Allah. Ilmu agama yang kita dapat selama ni lebih praktikal. Bagaimana yang dikatakan kita benar-benar perlu dan bergantung hanya pada Allah, saat ini aku benar-benar teruji.

Alhamdulillah saban masa aku dapat laluinya. Sehingga saat ini bila aku muhasabah balik, banyak sebenarnya yang ALlah dah bagi pada aku selama ni. Biarpun aku kadang lelah tak punya teman dan mak untuk aku luahkan masalah seperti kawan2 lain, bila balik kampung semua dapat rasa masakan mak, tapi tidak aku. Kasih mak aku terhenti saat aku umur 19 tahun. Tapi Allah selalu tak pernah gagal menceriakan aku.
Allah tak pernah mengecewakan aku. Kerna nikmat yang aku rasa paling mahal sehingga kini ialah, aku punya hati yang Allah kurniakan selalu sahaja bersangka baik dengan Allah. Aku sering berfikiran positif walau apa pun Allah bagi. 
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kau dustakan💓 

Aku lihat ada insan sekeliling aku yang kadang-kala sering mengeluh, kadang tidak jumpa hikmah pada segala ketetapan Allah. Kadang aku cuba untuk peringatkan dia, tapi aku mungkin tidak mampu menembusi hatinya. Perasaan yang hanya ALlah yang mampu ubahkan. 

Ujian itu benar-benar mematangkan kita. Bila sering diuji, yakinlah ALlah sedang mentarbiah hati jiwa kita makin kental, bukan melemahkan. Bergantunglah pada Allah sentiasa. Kerna hati kita juga, bukan milik kita. Tapi milik ALlah. Mohon lah ketetapan dan kecekalan hati, pada Nya jua.

Jangan pernah menangis sesuatu yang Allah ambil. 
Ya, menangis tiada salahnya..
Yang salah ialah meratapi tidak kesudah..
Menangislah jika mahu, tapi jangan lama..
move on...
teruskan berjalan...
perjalanan hidup ini masih panjang...

Apa yang Allah ambil, selalunya tidak setanding akan apa yang Dia akan gantikan, dan telah berikan pada hidup kita selama ini.


=========================================================================

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kau dustakan💓
Tetiba aku teringat kalau nak list aku punya angan-angan masa kecik dulu..hmm banyak juga lah dah tercapai... 





 ni antaranya la haha...dulu aku verangan nak ad kereta sendiri, nak bawak kereta sendiri, drive thru (ini angan2 xbleh blah kah!) ye nk drive thru dengan kereta,, mmg siap masuk mimpi tau hoho!

Dan alhamdulillah Allah bagi aku ada kereta sendiri. Mr Oji!


Image may contain: outdoor

ni lah peneman setia kemane2... jauh dah Mr Oji ni teman sampai Terengganu, Johor, Pahang, Belah utara kat kedah ja tak sampai lagi ni!

Dulu jugak pernah verangan nak bawak mak abah jalan-jalan naik kereta sama2. Walaupun tak sempat dengan arwah mak, alhamdulillah aku berjaya capai impian dari dulu selalu sebut nak bawak abah pergi melaka jalan2 bandar bersejarah ni. Abah mmg suka bab2 sejarah ni haha. Pastu dapat bawak abah lepak2 KLCC, pergi masjid klcc. Dan bawak pergi One city. Abah ni sepesyen aku jugak la sejenis suka jalan malam2 haha... Malam2 tak panas mcm siang2, so jalan malam sejuk suka haha!


Image may contain: 2 people


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kau dustakan💓
Dulu2 pulak pernah verangan la jugak nak bawak anak2 buah bercuti bersama acu sorg neh! hoho...
Acu nak bawak pergi oversea tak dak duit lagi, so alhamdulillah dapat je biasiswa backdate uthm+kpt aku belanja lah semua anak buah aku 9 orang (2 org tak dapat join umuq xlepas huhu) semua p sunway lagoon...

 alhamdulillah, benda yang aku tak dapat masa kecik, so aku luangkan masa supaya anak2 buah aku pulak dapat rasa kih3! best3! aku happy kalau tgk depa happy!


Image may contain: 20 people, people smiling

No automatic alt text available.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kau dustakan💓

=========================================================================

sebenarnya kalau nak nilai satu-satu nikmat yang Allah bagi, nescaya tak cukup lah post kat sini. Semuanya tak terkata banyaknya.

Sebenarnya terlalu baaaaaaaaanyak! nikmat yang Allah dah bagi, tak perlu pun diukur pada duit dan kebahagian semata2, lihat lah dalam diri sendiri. Nafas, mata, hati, telinga... segalanya dapat kita lihat dengan sempurna.

Hingga harini kita masih bernafas dengan nikmat iman dan islam. Rezeki yang Allah beri selalunya berganda-ganda, tapi selalunya kita yang tak perasan. Jarang juga kita bersyukur huhu....

Allahu akbar.. 
Marilah kita muhasabah bersama..

sejauh mana sudah kita ucapkan syukur pada nikmat- nikmat yang telah Allah beri?

Apa yang Allah ambil, masih selalunya takkan melebihi apa yang Allah telah/akan beri...




 No automatic alt text available.
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kau dustakan''


💓💓💓