Entah kenapa skrg ni smngt blogging dtg balik huehue.... maybe setelah kwn2 yat, zati kasi smngt smlm sruh blogging slalu..ahHa, so skrg dh jumpa tempat nak melepaskan kebohsanan di lab....haa, MENULIS! ^_^
haa ni, sempat aq snap.. ni lah snapingphobia wuhuhu
aq post gmbar ni kat instagram, pastu si hanim pun komen kat twitter... eh, mcm dah lari tajuk pulak..okeh yang tu nanti aq cter post lain kali
(dah knpe tetibe emote happy birthday lak neh??) salah coding lah tu abaikan haha....
ok smbung kisah cerita melayu tdi, aq pun tgk lah cter tu... jeng jeng jeng
Pastu duk aq sedap2 tgk...smpai lah hampir ke penghujung crite... mood aq berubah... dari td rse excited, tetibe aq rse cerita ni lain macam lah... rase mcm *?@##
aq blur... ni mcm xseperti yang aq harapkan... atau ke mmg aq yang xpaham?? huhu...
Komen aq, bila aq tgk cerita ni, erm aq rasa kurang seperti apa yang Allah nukilkan dalam quran,
"Fikhr al-Din al-Razi (544-606) dalam tafsirannya menyebutkan bahwa QS. An-Nahl 125 menjelaskan perintah Allah SWT kepada Nabi Muhamad SAW untuk menyeruh manusia kepada Islam dengan salah satu dari tiga cara yakni dengan Hikmah, Mauu’ Izhah al-Hasanah, dan Mujaddalah bil al-Thariq al-Hasan. Ketiga metode itu disesuaikan dengan kemampuan intelektual masyarakat yang dihadapi, akan tetapi secara prinsip semua metode dapat digunakan kepada semua masyarakat." ayat ni di kopi pasta utk rujukan bersama ttg huraian ayat diatas.
Ermm dan skrg, bila aq tgk kisah cerita melayu ni, dari pemerhatian aq, si kakak yng baru balik dari UK ni, cuba untuk berdakwah atau dalam bahasa mudahnya, mengajak, keluarga nya terutamanya sekali, untuk berubah ke arah pengamalan islam secara total.. Yep, itu tidak salah.. mmg betul apa yang dia buat, mencegah dgn secegah-cegahnya..
Ermm dan skrg, bila aq tgk kisah cerita melayu ni, dari pemerhatian aq, si kakak yng baru balik dari UK ni, cuba untuk berdakwah atau dalam bahasa mudahnya, mengajak, keluarga nya terutamanya sekali, untuk berubah ke arah pengamalan islam secara total.. Yep, itu tidak salah.. mmg betul apa yang dia buat, mencegah dgn secegah-cegahnya..
Cumanya aq kurg setuju bilamana cara dia terlalu menekan, dan memaksa keluarganya untuk terus berubah secara mendadak... Kesian adik dia, adik dia terlibat dengan kos pereka fesyen. Then bila kakak dia tgk gmbar lukisan yang dilukis adik dia tu tak menutup aurat, kakak dia pun pergi lukiskan gambar tu dan sekaligus telah merosakkan kerja adik dia..erm, mungkin ada betul nya juga cara kakak dia tu, tapi bagi si adik yang masih belum faham apa2 tu, dia mungkin hanya akan lebih marah kakak dia, dan tak boleh terima ajaran islam..
Nak crita skit, dalam daurah yang pernah aq dpat, sharing dari seorang ikhwah ni,..
bayangkan sebuah gelas yang byk karat,byk sgt..... cuba fikirkan bagaimana kita nak buang kekaratan tu?
ada dua cara:-
pertama : basuh cawan tu dengan isi air banyak2...isi dan isi dan isi..... yang entah bila lah karat tu boleh hilang..... 
Kedua: basuh karat tu dengan dynamo (okeh xksah lah guna ape pun pencuci yang), basuh karat2 itu terlebih dahulu, kikih betul2 karat2 tu dulu, then baru isi air jernih, utk dapatkan air yang benar2 jernih....
Instead of mencegah dengan dgn cepat, tapi hasilnya tidak lama, cegahlah kemungklaran dengan kefahaman, supaya mereka lebih faham kenapa perlu ia berubah, dan inshaAllah ia akan kekal lama...
Ada satu part tu jg dalam cerita melayu ni, yang aq suka juga *ish td kate tak suka skrg suka pulak, ok konpius * haha, sbnrnye cter ni ok je, ada beberapa pengajaran juga leh dapat, yang aq xbpe kenan adlh cara si kakak tu, tapi ada satu part, akhirnya dia ditegur oleh si hero dalam cter ni..ahHa, hero aka merangkap ustaz yang betul, bukan ustaz dari US, mahupun UK, tapi yang mmg ada background agama...
Ada satu part tu si 'ustazah dari UK' ni cuba menegur murid-murid untuk pergi solat dulu, daripada makan.. dia menggunakan hujah, solat itu wajib, dan makan itu harus, maka yang wajib harus didahulukan... *ohh gitu eh?** 
Haa ni dia part aq print skrin
*oit rajin gler kau*
*ok abaikan*
Haa lepastu siap2 dia kne tegur dgn ustaz ni, ustaz ni pula guna hujah
Daripada A'aisyah dari Rasulullah S.A.W bersabda:
"Apabila dihidangkan makan malam sedang sembahyang akan didirikan, maka mulailah kamu dengan makanan"
(riwayat Bukhari)
Then bila si heroin ditegur sebegitu, dia terus lari... Then siasat punya siasat, barulah tahu ustaz rupernye laki tu..padanlah mcm tnjuk bagus je... *ok ni aq tambah*
Rupenye cter ni nak kisah pasal sikap perempuan tu, yang mungkin sedikit terlebih dalam menyampaikan kefahaman ttg agama... Ending cter ni dibacakan satu hadith Nabi SAW,
Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya agama itu mudah. Tidaklah seseorang mempersulit (berlebih-lebihan) dalam agama melainkan ia akan dikalahkan. Oleh karena itu kerjakanlah dengan semestinya, atau mendekati semestinya dan bergembiralah (dengan pahala Allah) dan mohonlah pertolongan di waktu pagi, petang dan sebagian malam"
Alhamdulillah, akhirnya persepsi buruk aq pada cter ni tak seperti yang aq sangkakan... ok la, salah faham sbb tak tgk habes je td hahaha... tapi over all boleh diperbaiki lagi lah cter2 melayu ni... kdg2 diorg ni suka hati je menokok tambah kisah yang lain dari realiti.. sbb secara jujurnya aq tgk, ramai je yang baru balik dari UK, US lebih berfikrah... semuanya adalah hidayah Allah... dan hidayah Allah tidak hanya jatuh di bumi Mesir, di Universiti Al-Azhar....
huhuhuu, tidak! ini hanya pandangan aq je... dan...dan...sbb ni blog aq, jadi mmg sbb tu jg lah aq nak cot cet cot cet kan apa2 yang terlintas... tanpa ada niat pun nak buruk2 kan sesiapa...sekadar coretan okeh! 
Entah kenapa harini aq suka giler gmbr kucing ni hahahaha
ooooiiiii jaajaaaaa... hahaha, kelakarla jaja ni... hensem kan ustaz tu?? zati pernah tertengok about 10 min, pastu zati lupa nk sambung.. hehe