matlamat kita




matlamat kita.. RENUNG2KAN LAH VIDEO INI....


video

aku memilih jalanNya...



Aku memilih jalanNYa..
Assalammualaikum dan salam alaik sahabat-sahabat ana.. lama nye rasa tak kunjung blog ana.. bersawang jugak ana rasa..hehe.. Alhamdulillah, tatkala ini masih diberi nikmat merasai keindahan iman dan islam.. indahnya setelah diri ini diuji dengan pelbagai ujian dunia.. dunia memang rupa-rupanya suatu medan ujian.. apelah dunia jika tiada ujian..
Setelah lama nya dibuai mimpi dunia, Alhamdulillah, hati ini masih dketuk pintunya..masih dikunjungi rahmat hidayahNya.. Alhamdulillah.. setelah berlautan hati ini ditimpa dosa-dosa noda duniawi, ia masih di sergah dan diberi peringatan dengan amaran tarbiahNya.. maafkan diri ini yang lemah wahai Tuhanku.. tidak tahu kemana lagi harus diri yang hina ini mengadu jika bukan kepadaMu wahai pencipta diri ini….
Kesepian dalam menaungi dosa-dosa mengetuk hati ini untuk kembali kepada jalanNya setelah jauh menyinggah di tepian.. lalai seketika memandang keindahannya.. lupa pada matlamat perjalanan ini.. Alhamdulilah..kini tidak lagi perlu dirisaukan tentang hal-hal yang meragukan diri ini untuk meneruskan jalan di medanNya..
Sudah tekad hati ini.. antara jalan itu, dengan jalan Nya.. aku memilih jalanNya… kita bukan diciptakan untuk jalan itu.. kita mempunya matlamat dan perjuangan hidup.. sebelum kita pergi mengadapNya.. jalan itu bukan jalan kita.. jalan kita masih panjang.. pasti berliku, pasti berduri.. namun, jalan pilihanNya itulah yang terbaik sebenarnya..
Lupakan jalan itu, teruskan perjalanan ke arah jalanNya, teruskan dan teruskan.. semoga hatiku akan terus diketuk dan diperhatikan oleh Pencipta hati ini, jika diri ini terleka, akan terus ditegur… maafkan hamba Mu yang hina ini Ya Rabb….
Aku memilih jalan Mu.. dari jalan itu…Bimbinglah diri ini sehingga dijejaki jalan bondaku kini…
Firman Allah swt:-
“Dimana sahaja kamu berada, mati pasti akan mendatangimu, sekalipun kamu berada di dalam mahligai yang kukuh”-surah an-nisa:78
Rasulullah saw bersabda:-
“sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang sebruk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya”-
(ahmad dan al-hakim)

muhasabah_insyir
--11Oktober2009:3.30PM--



ketahuilah...

Salam alaik sahabat-sahabat ana =).. Ramadhan masih disisi kita.. semoga kita sama-sama dapat rasakan keberkatannya sepanjang bulan yang mulia ini. Baru-baru ni ana jalan-jalan ke blog-blog sahabat-sahabat ana, seperti biase, ana telah pun di naik pangkat untuk dijadikan promoter blog oleh tasneem.. hehe.. kali ni blog sahabat ana yang jadi mangsa copy paste under hak cipta tak terpelihara =)..

http://muslimah08.blogspot.com/
sile2 lah..hehe... (cik ifah.. jgn lupe kasi masuk gaji na..hehe)


ana tertarik dgn satu artikel ni.. ana paste kat sini untuk tatapan bersama =)...


Adam,mengertilah... Hawa bukanlah insan yg kuat.. bukan juga insan yg bisa menahan nafsu.. tatkala diri diuji, Hawa sering tewas... tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..Adam,mengertilah... sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik.. agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia... telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya.. Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj.. perfume, make up, perhiasan... telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya.. namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa yg serba kekurangan iniAdam,mengertilah... Hawa ini berjiwa lembut... sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta... Hawa tau permintaan Adam tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat... namun, Hawa lemah... Hawa takut zina hatiAdam,mengertilah... setiap kali 'sms' diterima.. Hawa keliru... ingin sekali Hawa membiarkan sahaja.. tapi Hawa akur tuntutan sahabat... Hawa tewas... Hawa reply juga... mengenangkan Adam adalah sahabat....Adam,mengertilah... setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu.. mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam.. memudahkan perjalanan hidup Adam.. jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikanAdam,mengertilah... Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa.. namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta... tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa.. cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa.. jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan.. kerana Hawa milik Allah sepenuhnya... ketahuilah, janji Allah itu benar, andai benar adam adalah untuk hawa, ketemu jua walau berpisah kerana syariatNya, walau tidak didunia, di syurga itu pasti.... Adam,mengertilah..


=)...




DOA adalah silah al-mukmin atau senjata bagi orang beriman. Banyak ayat al-Quran dan hadis yang menggesa umat Islam supaya memperbanyakkan doa kepada Allah.




Doa dan Ramadan juga saling berkaitan antara satu sama lain. Banyak riwayat yang menjelaskan bahawa Nabi Muhammad saw sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah.




Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).




Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan.Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka.




Kaitan doa dengan Ramadan amat dekat kerana ayat mengenai galakan berdoa iaitu ayat 186, surah al-Baqarah, disebut selepas ayat kewajipan berpuasa.Dalam ayat berkenaan, Allah berfirman bermaksud: “Dan apabila hambaku bertanyamu mengenai Aku, maka jawablah bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan doa apabila dia memohon kepada-Nya.”

katanya....








Ibrahim bin Adham, seorang ulama yang zuhud dan wara', ditanya tentang firman Allah ta'ala yang ertinya, "Berdoalah kepada-Ku niscaya Aku akan memakbulkan doa kalian." (QS. Ghafir: 60).

Mereka mengatakan, "kami telah berdoa kepada-Nya namun belum juga dikabulkan". Lalu beliau menjawab, "


Karena hatimu telah mati dengan sebab sepuluh perkara...
-Kamu telah mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-hak-Nya.


-Kamu telah membaca kitab Allah tetapi kamu tidak mengamalkannya.


-Kamu mengatakan bermusuhan dengan syaitan, tetapi kenyataannya kamu setia dengannya.


-Kamu mengaku cinta Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam tetapi kamu meninggalkan sunnah-sunnah-Nya.


-Kamu mengaku cinta syurga, namun kamu tidak melakukan amalan-amalan ahli syurga.


-Kamu mengaku takut neraka, tetapi kamu tidak mahu meninggalkan perbuatan dosa.


-Kamu mengatakan bahwa kematian itu adalah benar adanya, tetapi kamu tidak bersiap-siap untuk kematian itu.


-Kamu sibuk mencari aib orang lain sedang aibmu sendiri tidak kamu perhatikan.


-Kamu telah makan dari rezeki-Nya namun kamu tidak pernah bersyukur kepada-Nya.


-Kamu sering menguburkan orang mati, tetapi kamu tidak pernah mengambil pelajaran darinya.

Ada seorang yang datang kepada Ibrahim bin Adham rahimahullah lalu berkata kepadanya, "Wahai Abu Ishak! Sesungguhnya aku telah berbuat zalim kepada diriku, maka tunjukkanlah kepadaku sesuatu yang dapat menahan dan menyelamatkanku".



indahnya ukhuwah itu...





"dimanakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? pada hari ini, mereka itu akan diberi naungan pada hari tiada naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri"- (riwayat muslim)...


Salam alaik sahabat-sahabat yang ana kasihi juga dirahmati Allah selalu hendaknya..amin..

Untuk 'post" kali ni an teringin nak kongsikan bersama betapa indahnya suatu ukhuwah yang terbina itu adalah kerana kasih dan sayangNya. Tak terkata indahnya, jika hendak dibandingkan cinta yang tersemi kerana Allah berbanding cinta antara pasangan kekasih semata-mata kerana nafsu. Cinta yang lahir kerana Allah terlalu indah jika kita hendak menggambarkan sebagaimana cinta nya sahabat-sahabat Rasulullah SAW dikalangan mereka sendiri. Kehilangan salah seorang anggota mereka seperti rasanya kehilangan anggota badan milik mereka sendiri. Jika kita imbau kembali sirah, bagaimana penerimaan para sahabat contonya Umar al-Khattab yang tidak dapat menerima pemergian Rasulullah SAW yang dicintainya itu kembali kepangkuan Illahi.. sehinggakan umar akan memarahi mereka yang mengatakan Rasulullah SAW telah meninggal dunia. Sehinggalah Abu bakar As-Siddiq muncul untuk kembali mengingatkan sahabat-sahabat baginda bahawa segala nya adalah sudah menjadi ketentuanNya. Setiap manusia akan merasakan mati, termasuk juga Nabi SAW. Seperti kata-kata Abu Bakar yang kemudiannya mengingatkan sahabat-sahabat dengan ayat ini:-



Wahai manusia, sesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad telah mati, tetapi sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah maha Hidup dan Tidak Mati.. lalu dibacakan ayat Allah ini..:-

"dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang rasul (yang telah mati atau terbunuh).Jika demikian, kalau dia mati atau terbunuh (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat islam yang tidak ada bandingannya itu): - Ali imran(144)


Begitu juga lah dengan kita sebagai hamba sesama Islam ketika ini. Cinta antara akhawat sesama akhawat, ikhwat sesama ikhwat yang lain perlu ade dalam setiap individu yang mengatakan dia cinta pada Allah, Rasul dan Islam. Cinta yang kerana Illahi cukup untuk mengeratkan ukhuwah sesama islam.


Adakala hidup kita telah kehilangan individu yang sangat kita sayangi, namun, dengan ukhuwah yang terbina, kita telah dikuatkan dengan hubungan yang lahir kerana kasihNya itu. Sama-sama saling bergantungan memikul beban masalah yang ditanggung. Kerana itu, sama-sama lah kita cuba untuk membina kasih antara sesama kita hubungan yang dibina atas kasihNya. Cinta bukan lah hanya pada pasangan kekasih sahaja, cinta sesama akhawat atau sesama ikhwat yang berlandaskan kerana cinta pada Allah itulah yang sebaik-baik manisnya cinta..




HARI BARU...





MySpace salam dan hai to semue2.. hehe, lame rasenyer tak edit blog nih. Hari ni jer berpeluang nak ngadap laptop nih. Hurmm.. hari baru, sem baru, lecturer baru, kelas baru..semua baru..

Situasi hari pertama?? ingatkan boleh lah relax, ala2 seniorMySpace yang dah berpengalaman... Tapi rupa2 nya tidak, huhu MySpace terpinga-pinga macam budak tahun 1..

ni nak cerite sikit ni.. pengalaman menjadi budak tahun 2 yang ala2 tahun 1.. aha.. MySpace Pagi tu, lepas siap2 nak ke kuliah, hari pertama, semua get ready muka macam dah biase lah semua.. bas semua tgu tempat biase.. ramai gak hari2 first nih, nampak gak lah style2 budak2 tahun 1 camne, ehe, yang laki baju putih belako, yang perempuan lak muka baik2 je..ehe.. dapat tau budak2 tahun 1 dapat kad matrix lebih canggih, belakang kad tu siap ade cip.. mmg hebat.. siap kawan kite teringin nak hilangkan kad matrix lame, nanti dapat yang baru.. ish3x... MySpace masuk kelas first, pukul 9 pagi kelas institusi islam.. time tu baru tau semue2 jadual lengkap kitorang.. check punya check, rupa2nye kite ngn kawan2 kite tak daftar satu lagi subjek..huhu habis je kelas institusi islam yang dibatalkan tu ( batal pasal lecturer lewat 30 minit sudah..itulah tanda2 kelas batal ) then, kitorg g lah pejabat fakulti, kena daftar secara manual.. habis daftar g pulak balik kolej untuk sentlekan urusan kolej lak.. pergi stor amik barang2.. kite lak time tu start amik kunci bilik.. tgk2 keadaan bilik, ok gak ar.. selesa MySpace Pastu, kite ngn pqah lari2 pulak g blok lame, nak sentelkan barang2 pulak..huhu, penat rse nye time tu macam keliling kTF lak.. penat... dah siap tuh, pukul 12 bergegas lak balik fakulti, nak g kelas C++.. sampai lah pukul 1 (tapi lecturer kasi balik awal =) )after that cdg nak balik kolej nak rehatkan diri mandi semua segarkan diri dulu, tiba2 hujan pulak.. terpaksa batalkan niat then stay lah kat MSI (masjid sultan ismail ) sampai lah pukul 2.. then pukul 2 bergegas lak g jumpe PA.. nak sentlekan pendaftaran subjek..then lari lak balik pejabat fakulti hantar borang tu.. dengan kepenatan yang masih belum hilang tuh.. terus g kelas Numerical method..huhuhu..ingatkan lecturer nih kasi rehat pasal hari pertama.. rupe2nyer die betul2 komited nak jadi lecturer.. mmg die betul2 ngajar jugak harituh.. terpaksa bertahan selama 2 jam.. dah lah subjek nyer "agak" la berat jugak..huhu makin fenat otak nih.. MySpace balik jer.. terus amik teksi, angkut barang dr blok lame ke blok baru.. solat asar.. kemas diri.. terus kemas barang sampailah maghrib rehat sebntar hingga isya'.. pahtu sambung kemas barang.. hinggalah ke detik jam 12 malam.. akhirnya barulah dapat ku lelapkan mate selepas siap kemas barang selama berjam nih...huhuhu.. barang banyak beno.. tu la pasai... dengan kaki dah tergetar2 penat yang amat.. lepas ngaji doa selamat untuk bilik baru nih.. terus lelap.. titik! MySpace semoga hari2 baru ku lepas nih makin baik dari hari semalam dan semalam.. have a nice day MySpace

tazkirah hari ini... SABDA NABI MUHAMMAD SAW:-
"sesiapa yang memohon syahid kepada Allah dengan niat yang benar, nescaya Allah akan sampaikannya dengan para syuhada sekalipun dia mati di tempat tidurnya" - hadis riwayat muslim- renung2kan dan selamat beramal... MySpace



MASJID SULTAN ISMAIL (MSI) UTM SKUDAI

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

KeraNa RahMatMU..Aku DIperteMukan....

KeraNa RahMatMU..Aku DIperteMukan....
PerteMukaN Kami KeMbAli Di SYuRgaMU keLak Ya Rabb...