Nabi Muhammad saw bersabda:-

“orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan pada keduanya terhadap kebaikan. Bersungguh-sungguh lah dalam meraih apa yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan merasa lemah. Jika sesuatu menimpa kamu, maka janganlah kamu mengatakan “seandainya aku melakukan begini niscaya akan begini dan begini”, akan tetapi katakanlah, “Allah telah mentaqdirkan hal itu, dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi. Kerana sesungguhnya perkataan “seandainya” akan membuka perbuatan syaitan”
--diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah r.a--


Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, Untuk mecintaiMu,Ya Allah, Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Izinkan aku menyentuh hati seseorang yang tertaut pada-Mu, Agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari-Mu, Ya Allah, Sesungguhnya aku bermohon pada-Mu untuk selalu mencintai-MU...

katanya....

Sunday, July 19, 2009







Ibrahim bin Adham, seorang ulama yang zuhud dan wara', ditanya tentang firman Allah ta'ala yang ertinya, "Berdoalah kepada-Ku niscaya Aku akan memakbulkan doa kalian." (QS. Ghafir: 60).

Mereka mengatakan, "kami telah berdoa kepada-Nya namun belum juga dikabulkan". Lalu beliau menjawab, "


Karena hatimu telah mati dengan sebab sepuluh perkara...
-Kamu telah mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-hak-Nya.


-Kamu telah membaca kitab Allah tetapi kamu tidak mengamalkannya.


-Kamu mengatakan bermusuhan dengan syaitan, tetapi kenyataannya kamu setia dengannya.


-Kamu mengaku cinta Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam tetapi kamu meninggalkan sunnah-sunnah-Nya.


-Kamu mengaku cinta syurga, namun kamu tidak melakukan amalan-amalan ahli syurga.


-Kamu mengaku takut neraka, tetapi kamu tidak mahu meninggalkan perbuatan dosa.


-Kamu mengatakan bahwa kematian itu adalah benar adanya, tetapi kamu tidak bersiap-siap untuk kematian itu.


-Kamu sibuk mencari aib orang lain sedang aibmu sendiri tidak kamu perhatikan.


-Kamu telah makan dari rezeki-Nya namun kamu tidak pernah bersyukur kepada-Nya.


-Kamu sering menguburkan orang mati, tetapi kamu tidak pernah mengambil pelajaran darinya.

Ada seorang yang datang kepada Ibrahim bin Adham rahimahullah lalu berkata kepadanya, "Wahai Abu Ishak! Sesungguhnya aku telah berbuat zalim kepada diriku, maka tunjukkanlah kepadaku sesuatu yang dapat menahan dan menyelamatkanku".



indahnya ukhuwah itu...

Saturday, July 18, 2009




"dimanakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? pada hari ini, mereka itu akan diberi naungan pada hari tiada naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri"- (riwayat muslim)...


Salam alaik sahabat-sahabat yang ana kasihi juga dirahmati Allah selalu hendaknya..amin..

Untuk 'post" kali ni an teringin nak kongsikan bersama betapa indahnya suatu ukhuwah yang terbina itu adalah kerana kasih dan sayangNya. Tak terkata indahnya, jika hendak dibandingkan cinta yang tersemi kerana Allah berbanding cinta antara pasangan kekasih semata-mata kerana nafsu. Cinta yang lahir kerana Allah terlalu indah jika kita hendak menggambarkan sebagaimana cinta nya sahabat-sahabat Rasulullah SAW dikalangan mereka sendiri. Kehilangan salah seorang anggota mereka seperti rasanya kehilangan anggota badan milik mereka sendiri. Jika kita imbau kembali sirah, bagaimana penerimaan para sahabat contonya Umar al-Khattab yang tidak dapat menerima pemergian Rasulullah SAW yang dicintainya itu kembali kepangkuan Illahi.. sehinggakan umar akan memarahi mereka yang mengatakan Rasulullah SAW telah meninggal dunia. Sehinggalah Abu bakar As-Siddiq muncul untuk kembali mengingatkan sahabat-sahabat baginda bahawa segala nya adalah sudah menjadi ketentuanNya. Setiap manusia akan merasakan mati, termasuk juga Nabi SAW. Seperti kata-kata Abu Bakar yang kemudiannya mengingatkan sahabat-sahabat dengan ayat ini:-



Wahai manusia, sesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad telah mati, tetapi sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah maha Hidup dan Tidak Mati.. lalu dibacakan ayat Allah ini..:-

"dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang rasul (yang telah mati atau terbunuh).Jika demikian, kalau dia mati atau terbunuh (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat islam yang tidak ada bandingannya itu): - Ali imran(144)


Begitu juga lah dengan kita sebagai hamba sesama Islam ketika ini. Cinta antara akhawat sesama akhawat, ikhwat sesama ikhwat yang lain perlu ade dalam setiap individu yang mengatakan dia cinta pada Allah, Rasul dan Islam. Cinta yang kerana Illahi cukup untuk mengeratkan ukhuwah sesama islam.


Adakala hidup kita telah kehilangan individu yang sangat kita sayangi, namun, dengan ukhuwah yang terbina, kita telah dikuatkan dengan hubungan yang lahir kerana kasihNya itu. Sama-sama saling bergantungan memikul beban masalah yang ditanggung. Kerana itu, sama-sama lah kita cuba untuk membina kasih antara sesama kita hubungan yang dibina atas kasihNya. Cinta bukan lah hanya pada pasangan kekasih sahaja, cinta sesama akhawat atau sesama ikhwat yang berlandaskan kerana cinta pada Allah itulah yang sebaik-baik manisnya cinta..




HARI BARU...

Friday, July 10, 2009




MySpace salam dan hai to semue2.. hehe, lame rasenyer tak edit blog nih. Hari ni jer berpeluang nak ngadap laptop nih. Hurmm.. hari baru, sem baru, lecturer baru, kelas baru..semua baru..

Situasi hari pertama?? ingatkan boleh lah relax, ala2 seniorMySpace yang dah berpengalaman... Tapi rupa2 nya tidak, huhu MySpace terpinga-pinga macam budak tahun 1..

ni nak cerite sikit ni.. pengalaman menjadi budak tahun 2 yang ala2 tahun 1.. aha.. MySpace Pagi tu, lepas siap2 nak ke kuliah, hari pertama, semua get ready muka macam dah biase lah semua.. bas semua tgu tempat biase.. ramai gak hari2 first nih, nampak gak lah style2 budak2 tahun 1 camne, ehe, yang laki baju putih belako, yang perempuan lak muka baik2 je..ehe.. dapat tau budak2 tahun 1 dapat kad matrix lebih canggih, belakang kad tu siap ade cip.. mmg hebat.. siap kawan kite teringin nak hilangkan kad matrix lame, nanti dapat yang baru.. ish3x... MySpace masuk kelas first, pukul 9 pagi kelas institusi islam.. time tu baru tau semue2 jadual lengkap kitorang.. check punya check, rupa2nye kite ngn kawan2 kite tak daftar satu lagi subjek..huhu habis je kelas institusi islam yang dibatalkan tu ( batal pasal lecturer lewat 30 minit sudah..itulah tanda2 kelas batal ) then, kitorg g lah pejabat fakulti, kena daftar secara manual.. habis daftar g pulak balik kolej untuk sentlekan urusan kolej lak.. pergi stor amik barang2.. kite lak time tu start amik kunci bilik.. tgk2 keadaan bilik, ok gak ar.. selesa MySpace Pastu, kite ngn pqah lari2 pulak g blok lame, nak sentelkan barang2 pulak..huhu, penat rse nye time tu macam keliling kTF lak.. penat... dah siap tuh, pukul 12 bergegas lak balik fakulti, nak g kelas C++.. sampai lah pukul 1 (tapi lecturer kasi balik awal =) )after that cdg nak balik kolej nak rehatkan diri mandi semua segarkan diri dulu, tiba2 hujan pulak.. terpaksa batalkan niat then stay lah kat MSI (masjid sultan ismail ) sampai lah pukul 2.. then pukul 2 bergegas lak g jumpe PA.. nak sentlekan pendaftaran subjek..then lari lak balik pejabat fakulti hantar borang tu.. dengan kepenatan yang masih belum hilang tuh.. terus g kelas Numerical method..huhuhu..ingatkan lecturer nih kasi rehat pasal hari pertama.. rupe2nyer die betul2 komited nak jadi lecturer.. mmg die betul2 ngajar jugak harituh.. terpaksa bertahan selama 2 jam.. dah lah subjek nyer "agak" la berat jugak..huhu makin fenat otak nih.. MySpace balik jer.. terus amik teksi, angkut barang dr blok lame ke blok baru.. solat asar.. kemas diri.. terus kemas barang sampailah maghrib rehat sebntar hingga isya'.. pahtu sambung kemas barang.. hinggalah ke detik jam 12 malam.. akhirnya barulah dapat ku lelapkan mate selepas siap kemas barang selama berjam nih...huhuhu.. barang banyak beno.. tu la pasai... dengan kaki dah tergetar2 penat yang amat.. lepas ngaji doa selamat untuk bilik baru nih.. terus lelap.. titik! MySpace semoga hari2 baru ku lepas nih makin baik dari hari semalam dan semalam.. have a nice day MySpace

tazkirah hari ini... SABDA NABI MUHAMMAD SAW:-
"sesiapa yang memohon syahid kepada Allah dengan niat yang benar, nescaya Allah akan sampaikannya dengan para syuhada sekalipun dia mati di tempat tidurnya" - hadis riwayat muslim- renung2kan dan selamat beramal... MySpace



MASJID SULTAN ISMAIL (MSI) UTM SKUDAI

REBUTLAH CINTANYA...

Wednesday, July 1, 2009






salam alaik =) sahabat-sahabat sekalian..


SIAPA KHADIJAH DI HATI RASULULLAH SAW...


Pernah tak kita terbayang siapa wanita ini dihati Rasulullah saw? bagaimana beliau mampu mencuri hatinya Rasulullah saw? Kali ni ana nak kongsi sama-sama tentang sifat permaisuri Rasulullah SAW ini yang bisa kita ambil pengajaran untuk mengecapi kedudukan seorang wanita solehah, mungkin sebagai isteri yang mendambakan syurga dari suaminya, siapakah khadijah di hati Rasulullah saw bisa dijadikan renungan bersama =)...


Saidatina Khadijah r.a mempunyai kedudukan yang istimewa di hati Nabi SAW. Sehingga baginda ada bersabda : 'sebaik-baik wanita ialah maryam binti imran dan khadijah binti khuwailid".(riwayat Bukhari dan Muslim).


Nama saidatina khadijah seringkali disebut-sebut oleh baginda SAW walaupun khadijah telah meninggal dunia. Hal ini dicemburui oleh Saidatina Aisyah r.a; sebagaimana pengakuannya : "saya tidak pernah cemburu terhadap salah seorang daripada para isteri Nabi SAW sebagaimana cemburuku pada khadijah. Saya tidak pernah melihatnya tetapi Nabi SAW sering menyebut-nyebut namanya. Kadang-kadang baginda menyembelih kambing lalu mengirimkannya kepada kawan-kawan khadijah. Terkadang aku berkata kepada baginda : 'seolah-olah di dunia ini tiada wanita lain selain khadijah.' Kemudian jawab Rasulullah SAW; "sesungguhnya Khadijah itu seorang wanita yang utama, bijaksana, dan darinya aku dikurniakan anak''.(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalam versi lain, rasulullah SAW bersabda ;"Khadijah beriman ketika orang-orang kafir kepadaku, dia membenarkanku ketika orang-orang mendustakanku, dan dia membantuku dengan hartanya ketika orang-orang lain memulaukanku'' (Riwayat Ahmad)


Memang sukar untuk memperincikan sumbangan saidatina khadijah r.a kepada rasulullah SAW dan sewaktu perkembangan Islam. Sejak perkahwinannya dengan Rasulullah SAW hinggalah wafat, kisah hidupnya penuh dengan pengorbanan.


Untuk mendapat cinta Nabi SAW maka contohilah cinta dan pengorbanan saidatina khadijah r.a kepada baginda. Cinta Nabi pada ummul mukminin ini bukan atas kecantikan paras rupa, tetapi cinta sejati berasaskan kpd kesetiaan yang ditunjukkan saidatina khadijah, pengorbanannya, kesabarannya, perlindungan dan pembelaanya serta zuriat yang dikandungnya.


Marilah kita cemburu sepertima cemburunya saidatina Aisyah kpd saidatina khadijah. Cemburu aisyah bukan lah cemburu melulu dgn nafsu semata-mata, tetapi dengan kecemburuan itulah yang akhirnya memacu Aisyah untuk mencontohi saidatina khadijah hingga berjaya merebut cinta Rasulullah SAW.


Tidak rugi wahai sahabat muslimah ku, kerana wanita solehah itu akan mendapat dua cinta manusia sekaligus. iaitu balasan cinta dari suami dan cinta Nabi SAW.


wallahu' alam..



PENYAKIT TANPA DISEDARI








salam alaik sahabat-sahabat ana =), sekarang ni kita banyak dapat berita tentang H1N1.. virus selsema babi, ada yang kata ia penyakit akhir zaman, ada yang cakap ia penyakit yang takkan ade penyembuhnya, hurmm ape pun pandangan yang banyak dilontarkan, namun tetapkan lah akidah kita bahawa segalanya adalah dari kekuasaanNya, segala pertolongan, kekuatan dan penyembuhnya bisa kita dapat dari-Nya jua, tapi janganlah dok asyik tawa-cool.. tak berusaha, bak kata kementerian kesihatan, mencegahlah dari awal.. hehe =)

Namun, sedarkah kita, sebenarnya ada lagi penyakit-penyakit yang lebih berbahaya jika "virus-virus" ini ada dalam diri kita. Bukan saja tak dapat penyembuhnya di dunia, barangkali di akhirat juga susah. Na'uzubillah, moga kita semua sentiasa dalam rahmatNya jua..amin..
Kat sini ana kemukakan data-data jenis-jenis penyakit tuh.. tgk lah yer.. MySpace


Penyakit tanpa disedari……….



Manusia yang banyak cakap = pembohong
Ibadat=riak
Agama=hawa nafsu
Cantik=sombong
Ilmu=pelupa
Berani=keterlaluan(over)
Pemalu (berlebihan)=lemah
Pemurah= mengungkit apa yang telah diberi
Baik=memuji dri sendiri


Wallahu alam.. ape pun, kita boleh muhasabah diri kita masing-masing MySpace kerana itu, dalam setiap suatu hal itu, perlulah ada kesederhanaanya.. namun soal ibadat, janganlah kerana takutkan riak, kita sanggup tinggalkan nya.. it will be double "riak" if we dont want to do it jus because we scare we're 'riak' ters...

Hendak lah setiap sesuatu yang kita lakukan, berbalik pada diri kita terlebih dahulu, sejauh mana keikhlasan hati kita dalam melaksanakan ibadat tersebut. Tidak salah jika kita melihat kekurangan yang sentiasa ada dalam ibadat kita.


Seperti kata imam as-syafiee "Tidaklah berjaya seseorang itu dalam menuntut ilmu melainkan dia berada dalam kekurangan".

Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memasukkan orang tersebut pada salah satu jalan menuju surga. Sesungguhnya malaikat mengatupkan sayapnya karena ridha kepada seluruh penuntut ilmu. Penghuni langit dan bumi, sampai ikan sekalipun yang ada di dalam air memohonkan ampun untuk seorang alim. Keutamaan seorang alim dibandingkan seorang ahli ibadah seperti keutamaan cahaya bulan purnama dibandingkan cahaya bintang-bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, namun mereka tidak mewariskan dinar maupun dirham. Mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambil ilmu tersebut sungguh ia telah mendapatkan bagian yang banyak dari warisan tersebut" (HR. Al-Bukhari

renung2kan dan selamat beramal MySpace