Nabi Muhammad saw bersabda:-

“orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan pada keduanya terhadap kebaikan. Bersungguh-sungguh lah dalam meraih apa yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan merasa lemah. Jika sesuatu menimpa kamu, maka janganlah kamu mengatakan “seandainya aku melakukan begini niscaya akan begini dan begini”, akan tetapi katakanlah, “Allah telah mentaqdirkan hal itu, dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi. Kerana sesungguhnya perkataan “seandainya” akan membuka perbuatan syaitan”
--diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah r.a--


Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, Untuk mecintaiMu,Ya Allah, Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Izinkan aku menyentuh hati seseorang yang tertaut pada-Mu, Agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari-Mu, Ya Allah, Sesungguhnya aku bermohon pada-Mu untuk selalu mencintai-MU...

lagu-lagu-lagu..........

Wednesday, July 21, 2010
For The Rest Of my Life-Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..ckquote>

tinta akhir cuti =)

Wednesday, July 7, 2010


Salam alaik sahabat-sahabat yang dikasihi Allah, semoga hidup kita sentiasa berada dalam barakah iman dan petunjuk dari Nya ami.. Alhamdulillah, selesai sudah latihan industri selama hamper 2bulan setengah. Hehe, ni bukan nak tulis report latihan industry dalam blog ni pulak, report tuh dah siap dah pun siap dengan tandangan penyelia dah lagi..tunggu masa je nak kasi Fakulti untuk dikira markah, harap-harap ada rezeki dapat yang baik. Amin..

Sepanjang 2 bulan, lepas je pindah dari umah ukhti T_ _N_ _M, ana duk umah sowg2, sewa duk umah kawan kakak. Almaklumlah, laud ah duduk umah flat, berulang komuter naik bas setiap hari ke tempat kerja, macam-macam ragam manusia akhir zaman kita boleh tgk..

Kadang-kala terfikir sejenak di hati tentang kata-kata azimat yang penah jadi kata pegangan tyme kat mrsm dlu.. “tunaikanlah hak Allah, maka Dia akan tunaikan hak kamu”..memang itulah yang dipegang tyme kat mrsm dlu, Alhamdulillah memang benar, hak ana dipermudahkan. Mungkin tidak semua nya dapat, tapi jika ana sendiri tidak pernah menyempurnakan hak Nya sebaik-baiknya, maka tiadalah hak ana untuk mempersoalkan mengapa ana tidak dapat sebaik yang diminta.

Pernah ana diajukan soalan, habis tu kite kene kerja 24 jam atas sejadah sahaja kah? Biar keadaan sekeliling kita tunggang langgang?

Ana sedar ana bukan lah insan yang cukup tinggi ilmu nya untuk menjawab soala-soalan sebegitu. Namun fitrahnya, bagi yang memahami konsep sebenar mengapa kita diciptakan di dunia ini, insyaAllah iman mampu meyakininya kembali. Tepuk dada tanyalah khabar iman..

Teringat kepada surat cinta dari langit ini……

46. sesiapa Yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya.

47. kepada (ilmu pengetahuan) Allah jua lah kembalinya soal mengetahui masa datangnya hari kiamat; dan (Demikianlah tiap-tiap apa Yang akan berlaku, kerana) sebiji buah (umpamanya) tidak akan keluar dari kelopaknya, dan seorang ibu tidak akan mengandung dan tidak akan melahirkan anak, melainkan (pada masa dan keadaan Yang betul tepat) Dengan pengetahuan Allah. dan pada hari Tuhan menyeru mereka (yang musyrik, Dengan bertanya kepada mereka): "Mana Dia makhluk-makhluk Yang kamu sifatkan menjadi sekutu-sekutuKu?" mereka menjawab: "Kami mengakui kepadamu (Wahai Tuhan kami), Bahawa tidak ada di antara Kami seorang pun Yang mahu menjadi saksi (kerana anggapan Kami dahulu telah nyata salahnya)!"

48. dan (pada saat itu) hilang lenyaplah dari mereka apa Yang mereka sembah dahulu (yang diharapkan pertolonganNya), dan yakinlah mereka Bahawa tidak ada sebarang jalan untuk mereka melepaskan diri (dari azab seksa).

49. manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang Yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).

50. dan Demi sesungguhnya! jika Kami beri Dia merasai sesuatu rahmat dari Kami sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah ia (dengan sikap tidak bersyukur): "Ini ialah hakku (hasil usahaku semata-mata), dan Aku tidak fikir Bahawa hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah Aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu Aku akan beroleh kebaikan di sisiNya (seperti kesenanganku sekarang ini)!" maka Demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang Yang kufur ingkar itu akan keburukan apa Yang mereka telah kerjakan, dan Kami akan beri mereka merasai azab seksa Yang seberat-beratnya.

51. dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah Dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu Dengan panjang lebar.

Subhanallah..benarlah.. manusia ini kadangkala terlalu memikirkan diri sendiri, bila ditimpa musibah, baru teringatkan asal usulnya dahulu. Seringkali mempertikaikan apa yang telah dikurniakan Allah kepada kita, tetapi tidak pernah pula terfikir sejauh mana pula sempurnanya amalan untuk dipersembahkan kepada Pencipta itu.

Sememangnya kerja dunia itu tidak akan habis, tidak akan ada penghujungnya. Malah, disebut juga maut itu tidak akan melepaskan kita walau sesaat, akan mencari walau di ceruk batu, mahupun hujung dunia sekalipun, maut juga tidak mengenal waktu. Namun, bezanya adalah usaha kita.. Bagaimana kita merancang penggunaan masa itu sebaik nya. “Bekerjalah kamu seolah-olah kamu hidup 1000 tahun lagi, dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu mati diesok hari”…

Diri ini juga masih khilaf untuk membincangkan topik sebegini. Namun, titah berbicara bukan sekadar omong kosong, tetapi buat tatapan hati yang masih lalai ini.

“habistu, lau antara solat dengan ibu panggil, yang mana didahulukan??”..

konsepnya ini berbeza.. kalau dilihat antara hak Allah yang dimaksudkan adalah seperti menunaikan solat di awal waktu, menunaikan puasa dan rukun2 islam yang lain itu wajar didahulukan. Akan tetapi, ada juga BUZNAMA (sumber dr ustaz yang tidak diketahui nama) selalu kata, darjat seorang ibu itu sangat tinggi diberikan oleh Allah sehinggakan bila kita sedang solat sekalipun, tetapi jika dipanggil oleh seorang ibu, maka solat itu harus diberhentikan seketika. (Haa..baru teringat, ni tyme kat ceramah ustaz Harun Din pernah bagi dulu, tyme KTF g bukak puasa kat kampung mana entah, lupe ehe)… Ustaz tu penah tambah juga, akan tetapi, jika seseorang anak itu tahu, si ibunya akan memanggil tanpa sebab yang musabah, (maksudnya asyik2 panggil je mak ni tapi takde pape saje je tau) , maka tak perlulah diberhentikan solat tersebut..

Ana sebenarnya pernah diajukan soalan sebegini bila mana ana menegaskan tentang hak Allah seperti diatas. Sahabat ana ni kembali menanyakan apakah pula jika ada hal seperti di atas berkenaan seorang ibu dan solat. Sedangkan solat itu tiang agama..

Islam itu mudah, tapi tidak boleh dipermudah-mudahkan. Wallahu alam.

Dari insan yang hina~