Nabi Muhammad saw bersabda:-

“orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan pada keduanya terhadap kebaikan. Bersungguh-sungguh lah dalam meraih apa yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan merasa lemah. Jika sesuatu menimpa kamu, maka janganlah kamu mengatakan “seandainya aku melakukan begini niscaya akan begini dan begini”, akan tetapi katakanlah, “Allah telah mentaqdirkan hal itu, dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi. Kerana sesungguhnya perkataan “seandainya” akan membuka perbuatan syaitan”
--diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah r.a--


Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, Untuk mecintaiMu,Ya Allah, Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Izinkan aku menyentuh hati seseorang yang tertaut pada-Mu, Agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari-Mu, Ya Allah, Sesungguhnya aku bermohon pada-Mu untuk selalu mencintai-MU...

Passion vs Tanggungjawab

Thursday, April 20, 2017
| Khamis | 20 April 2017| 1600


post kali ni dimulakan dgn gambar sis pergi bercuti,, sis ke pulau manukan sabah
kah!

===================================================================

wahh dah bertahun-tahun tak hupdate blog ni... pastu baca last2 post pun entah pape aku merepek entah haha... tak mature sgtt 😜😜🙈🙈
Alhamdulillah minggu lepas join bengkel penulisan bersama Muharikah. Itu lah first bengkel 27 tahun hidup ni tak rasa mengantuk dan membosankan. Sampai Muharikah sendiri cakap, inilah 1st bengkel dia peserta semua tak mengantuk dan masih aktif walaupun jam dah lewat petang.

Dan aku pun nampak lah rasanya aku dah mula jumpa passion hidup aku sekarang ni ada dua.


💓|menulis| dan |memasak|💓
asal stress je benda dua ni aku buat dulu huhu...





Lepas berbengkel seharian tu, memang perasaan menulis tu membuak-buak rasa. Dan teruja pulak rasa nak publish buku. Sharing dengan orang perjalanan dan pengajaran yang kita ada dalam hidup ni. Cantik sebenarnya kalau kita perasan Allah dah aturkan hidup kita ni. Masing-masing ketetapan ada hikmah yang tersembunyi.



==============================================================

Image may contain: screen

Alhamdulillah harini genap 8 bulan aku dah sambung phd.

Ternyata perjalanan ini sangat lah tak mudah huhu. 

Even baru 2 sem, aku rasa kadang-kadang lelah sedikit atas banyak sebab.
Orang mmg nampak aku mcm syok la...


"yela, everymonth dapat elaun mcm gaji,tapi kerja tak terikat mcm office hour,,dapat pulak elaun kpt 4 bulan sekali...masyukkkk 💃💃!!"

itu kata kebanyakan orang,

yang tak berdiri dalam kasut aku
(eh pakai kasut ke pun? )😄😄


"pada aku tak!Ia bukan dinilai pada duit!"

*kawan2 masa master dulu dah takde huhu...
perjalanan phd ni rasa alone kdg2...
Tapi alhamdulillah Allah hadirkan beberapa insan penaman sejati bila saat tingtong .. 
akhawat still ada disisi 💓

(tapi sahabat-sahabat dulu selalu tetap ada meneman dalam wasap group huhu...pun jadi la kan 😂😂😂)

*throwback! campak belakang!*





Gambar zaman muda mudi kat lab master
RNdU SEMuAAA!😧😥😥😥
💓💓💓

===========================================

Passion vs Responsibility | Minat vs Tanggungjawab |
Aku ni
Degree maths,
Master sc comp,
Tup2 diminta penaja, Phd ni masuk sikit dlm software engineering + softcomputing.
Ngilu sguh nk sebut domain ni huhu 😵😵😵

Benar,
Dalam dunia ni kita berhak memilih bila nk buat sesuatu..
Ad orang senang memilih mengikut minat nya, jadi tak lah bosan dan penat.
Kalau difikirkan minat aka passion,
Aq ambil je tawaran osaka univ dan pandai2 la cari penaja sendiri,
Aq ambil je research psl flooding, maths, forecasting, pandai2la bwk diri,
Kerana minat....
Dan boleh jadi aq teruskan je jadi cikgu SL1M kat madah.
Hakikatnya skrg
Tanggungjawab terpaksa melebihi minat.
Terlalu banyak benda yang masih tak tahu.
The more we know, the more we dont know..
Pengetahuan nk kena double.
Effort nk kena double triple dari biasa2 😧😥
Allah...
Perjalanan ni masih jauh...
Ada yang cakap gila apa main lompat2 domain ni tak takut ke risiko?
Entahlah, takda jawapan.
Ad orang senang utk memilih kerana minat,
Tapi mgkin padaku,
Jujur skrg ni tanggungjawab melebihi minat,
Tidak boleh terlalu memilih kpd minat,
Tanggungjawab sbg anak, adik bongsu dlm keluarga, pendidik, khalifah
Tanggungjawab kpd masyarakat, ummah
Tanggungjawab utk memenuhi kehendak penaja
Nak tak nak, itulah motivasi untuk teruskan jugak perjuangan gali ilmu Allah yg luas sgt ni...
Bagi yang sama situasi dengan sy,
Bila terpaksa memilih tanggungjawab instead of passion,
Selamat berjuang bersama 💪💪
Yakin yang Allah nilai usaha kita, penghujungnya? Wallahualam...
Usaha dengan perancangan teratur moga2 rezeki Allah permudahkan lah segalanya aaminn inshaAllah 💜
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Gambar : kutip ilmu dari Prof Madya Dr Noraini Ibrahim, fsktm, uthm.
(Gambar sedikit kabur kanta kamera dh pecah huhu)
Seronok dapat berkongsi ilmu dengan senior lecturer ni, sangat lah rendah diri walaupun pangkat dh prof tp slalu je bahasakan diri "akk" utk memecah gap komunikasi mungkin 😊 jd senang juga nk berbincang dari insan tak tahu apa2 ni huhu..
=======================================================================

Atas ni post aku kat fb minggu lepas. (saje bagi separation kang ada bosan perasan teman copy paste je fb haha)

Ni nak berblog plak cter detail sikit.
Minggu-minggu lepas aku diuji lah bila abah sekarang dak tak berapa sihat. 

"We are busy growing up, but forget that our parents are getting old"

umur abah dah cecah 75 tahun ni. Dah lama abah duduk sorang-sorang lepas mak meninggal. Memang abang atas aku ada teman abah kat rumah, tapi abang pun kerja. Waktu siang abah kebiasaannya sorang. Tkde teman menyembang. Sakit, makan minum abah agak kurang terjaga huhu.

Aku rasa serba salah. Bila aku balik kampung, memang aku bertanggugjawab masak jaga abah kat rumah. Tapi bila aku balik johor, abah takda teman menyembang. AKu ada pesan kat abah, 

"abah jangan risau sangat, nanti kita dah tahun kedua kita balik lah teman abah. tahun ni tak boleh lagi genting sikit nak siapkan kerja-kerja"

Aku takde kelas, alhamdulillah elaun uthm pun masuk tiap-tiap bulan macam gaji, jadi aku rasa takde masalah nak jaga teman abah kat rumah, cuma syaratnya aku lah kena kuat, kena disiplin diri tinggi. Nak bahagikan masa mana nak jaga abah, mana nak buat kerja huhu.

PhD ini satu pertarungan hidup!

AKu pula sekarang terikat kontrak dngan uthm kena got 3 tahun. Kadang-kala rasa tersepit antara passion dan tanggungjawab ni huhu 😩😩

Tak pernah salah kan sesiapa. Abah sendri slalu sebut tak payah la pk abah. kamu belajr tu elok2 dlu. Abah syukur at least aku dah ada jaminan kerja lepas habis belajar nanti. Abah suruh buat betul-betul. Family pun selalu support. Tak pernah cakap tidak pada apa2 je yang aku minta huhu...dan mmg tak pernah pun suruh aku pk pasal abah kalini walaupun sbnrnye aku tahu, aku jelah paling flexible skrg, belajar tak terikat waktu office hour. 

Kadang-kadang selalu terfikir lepas solat,
"Allah bagi aku peluang ni sebab ape??Allah pilih aku, dari 16 orang yang datang interview STAB UTHM tu sebab apa??
Allah bukan macam manusia,manusia sering melakukan perkara sia-sia..tapi bukan Allah..."

Allah tak pernah meletakkan sesuatu itu sia-sia...Allah bukan juga melakukan setiap perkara itu hanya dengan sia-sia....melainkan kita yang melihatnya tanpa pandangan hikmah seterusnnya menuduh ia secara negatif thinking..Allah tidak lah melakukan yang sia-sia apetah lagi memungkiri janji-janjiNYA,Allah tidak seperti manusia..

Itu yang aku selalu yakinkan diri setiap kali lepas solat...
ALlah memilih aku, mesti ada sebab, 
"Either aku yang merugikan diri melepaskan peluang ini dengan sia-sia,
atau
aku harus memilih untuk teru kuat menempuh apa pun yg mendatang"

Memang kadang-kadang kita tak nampak apa yang nak datang sebenarnya,
tapi cuma boleh yakin,
Allah sedang menyediakan "sesuatu",
ya "sesuatu" yang pastinya paling terbaik untuk hidup kita akan datang....

Selalu pesan dan bisik dengan drii sendiiri,,

"SITI HAJAR,
Allah memilih kamu,
Allah bagi peluang ini untuk kamu,
rugilah kalau kamu sia-siakan!!


Allah dah pilih kamu,
walaupun kadang kadang kita selalu tertnya-tanya "mampuke aku ni??"
ya! Allah tahu kamu mampu,
mungkin kita belum nampak,
ttapi teruslah berjalan dengan berpegang pada tali Allah..."

teruskan istikharah memohon petunjuk Allah....

"Ya Allah aku beristikharah dengan ilmuMuAku memohon kekuatan dengan kekuatanMuDan aku memohon keagungan kurniaanMuKerana Engkau berkuasa dan tidak pula akuEngkau mengetahui juga tidak akuMaha mengetahui yang ghaibYa Allah jika ini baik bagikuAgamaku dan kehidupankuJuga natijahku selepas inimaka tetapkanlah Engkau mudahkanlahDan berkatilah aku padanyaYa Allah jika ini buruk bagikuAgamaku dan kehidupankuJuga natijahku selepas inimaka jauhkannya darikuJuga jauhkan aku darinyaTetapkan aku dengan kebaikanSebagaimana yang sepatutnyaKau jadikanku meredhainya"

 ps : istikharah bukan pasal jodoh je hokeh... susunan doa istikharah ni sangatttlah cantik!

aku beristikharah dengan ilmuMu Ya ALlah...
Berikan aku petunjuk...

itu pegangan kita sekarang. Sentiasa apa apa pun, kena selalu minta ALlah yang bagi petunjuk.

"apa benda dalam dunia ni Allah takde kuasa?? semuanya dalam kuasa ALlah... Kalau Allah izinkan, benda tak mustahil dan pelik mcm mana pun, tetap boleh berlaku. Sebab?? ALLAH itu Maha Berkuasa Atas Tiap Tiap sesuatu,... "
Tinggal kita jelah yakin tak yakin je......

Image may contain: one or more people and people standing
stress2 phd ni pun tak nak la sampai tahap gemok jd moga2 istiqomah lah bergym kah3! 😚😚





Doaaaakannnn siti hajar arbain!
semoga terus kuat menempuh apa pun ujian mendatang..

aaminn inshaAllahh 
💓😍

4 komen:

  1. nur hayati said...:

    Semoga dipermudahkan urusan sis hajar :)

    -from Melbourne

  1. Miss Z said...:

    wahhh sisturrr.. hahaha..
    semoga perjalanan sisturr indah belaka.. create your sweet phd journey.. tgok gambar master, Allah rindunya zaman tu.. tp kenapa pikirkan sv je jd spoil :P

    yg sis hayati atas ni kemain..from melbourne plk dia :P

  1. hahaha tulah kemain sis hayati kita from melbourne....

  1. Anonymous said...:

    hahahaha kantoi pulak user lol :p

Post a Comment