Nabi Muhammad saw bersabda:-

“orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan pada keduanya terhadap kebaikan. Bersungguh-sungguh lah dalam meraih apa yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan merasa lemah. Jika sesuatu menimpa kamu, maka janganlah kamu mengatakan “seandainya aku melakukan begini niscaya akan begini dan begini”, akan tetapi katakanlah, “Allah telah mentaqdirkan hal itu, dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi. Kerana sesungguhnya perkataan “seandainya” akan membuka perbuatan syaitan”
--diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah r.a--


Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, Untuk mecintaiMu,Ya Allah, Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Izinkan aku menyentuh hati seseorang yang tertaut pada-Mu, Agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari-Mu, Ya Allah, Sesungguhnya aku bermohon pada-Mu untuk selalu mencintai-MU...

Konvo Master + Hadiah Japan

Saturday, April 22, 2017
| Jumaat | 21 April 2017 | 2200 

Malam hujung minggu ni takde mood pulak nak ngadap my new baby... nak kenal ape? ni haa...baru je dikenalkan...huhu

kenalkan my new baby!
bercinteee kami tiap tiap hari hokeh๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

================================================================

so malam ni saja je nak mencoret kisah campak belakang (baca throwback) tahun 2014. Rasa nya boleh jugak nak cakap tahun 2014 dan awal 2015 adalah moment paling manisss dalam hidup ni. sebab? haa ni nak citer sini ni... 

kat fb xbleh cter sbb limited panjang2 sape nak baca pon hoho... ๐Ÿ’†

sini blogging suka hati la nak baca ke tak janji aku ada simpanan.. mane tahu lepasni aku dah takda kat dunia ni, memori2 ni masih ada... pena tak pernah hilang di dunia... semoga bermanfaat ๐Ÿ’‹

=======================================================================

๐Ÿ’“June 2014๐Ÿ’“

Bermula kisah aku jadi pensyarah uitm jengka, pahang.

That was my first experience jadi lecturer. Pengalaman ni sangat bermakna dalam hidup aku. Mengenali dunia sebagai seorang pendidik di alam kampus takkan sama dengan mendidik di alam persekolahan rendah/menengah. Alhamdulillah interview untuk jawatan pensyarah dapat dengan mudahnya. Hampir setahun aku menimba pengalaman jadi pensyarah di sana dengan kwn aku yat, banyak sgt moment menarik. Tu nak citer kena lain punya post sini xckup huhu...

Image may contain: 19 people, people smiling
Image may contain: 27 people, people smiling
antara memori2 aku dengan students


๐Ÿ’“November 2014๐Ÿ’“
Alhamdulillah, aku berjaya lepas master setelah 3 tahun menempuh duka tangis lara huhu... master by research kat sc comp mmg perit gak la... dulu mmg serik tak mau dh smbung, entah kenapa aku masih smbung phd disini wuaaaa ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฐAllah lebih tahu .... aku cuma follow the flow je wuhu...

Image may contain: 14 people, people smiling
Image may contain: 5 people, people smiling



๐Ÿ’“31 october 2014 0800-1200๐Ÿ’“

Waktu ni adalah majlis graduasi master aku di dewan sultan ismail, utm johor bahru. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar, tapi nak bagitahu kat sini, aku tak sempat nak jumpa kawan2 masa tu (dan kwn2 pun ada dh tahu), dan xdapat nak bergambar lama2 sebab aku kena pecut ke larkin, malam tu aku kena ke Changi Airport, jam 1 pagi aku akan berlepas ke Japan, untuk program exchange student UTM-OPU Sakai, Japan selama 10 hari disana, fully sponsored by Sakai City. 

Alhamdulillah, aku terpilih (rezeki Allah), dapat pergi ke sana dengan sorg lagi student utm laki, Tie San, chinese sarawak, budak FKE... Kitorg start kenal pun kat Changi Airport malam tu lah haha...

memang serius aku main redah je kali ni. Pengalaman yang sangat mahal. Peluang!
Abang aku yang banyak support dia cakap join jela orang dah bagi free nak merasa pergi oversea try jela..

Memang aku join je. Tahun 2010 kwn2 batch aq semua perluang pergi GOP under UTM, aku xdapat join sebab operate (baca sini http://lailatulinsyirah277.blogspot.my/2010/01/my-criter-hospital.html

๐Ÿ’“1 Nov 2014 - Tiba di Japan๐Ÿ’“

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah... banyak sangattt pengalaman berharga sepanjang aku kat japan sana. Aku berkali-kali jugak syukur tak terkata hadiah Allah bagi ni. Macam nak cakap ini hadiah sempena hari aku konvo master sehari lepas. Semua berlaku sederet ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Kadang2 rasa nak hempuk kepala mcm tak percaya dapat jejak kaki ke Japan... Allahu benarlah kuasa Allah tu kdg benda mustahil pun boleh jadi tak mustahil tau...

No automatic alt text available.

Image may contain: 5 people

Image may contain: 8 people, people smiling

No automatic alt text available.
No automatic alt text available.

Image may contain: 2 people

Image may contain: 1 person

No automatic alt text available.
Image may contain: 2 people
antara memori2 Japan


Image may contain: 10 people, people smiling

Alhamdulillah semua ni berlaku secara serentak seminggu...

best moment ever! 1 n0v - 9 vov 

aku konvo master kemudian terus ke Japan free pulak tu ... Allahu akbar Alhamdulillah macam hadiah percutian sempena konvo master plak  ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

============================================
"Cinta pandang pertama"(Tajuk kemain )


Alhamdulillah Allah bagi peluang jejak kaki ke Jepun, with fully sponsored by Sakai City, Japan..tanpa keluarkan duit, makan minum tempat tinggal dan wang saku semua diberi...dapat pergi berdua dgn sahabat UTM, yg dekat Changi Airport, Singapore baru berkenalan huhu...

Diri ni bukan kaya dan ad duit berkepuk nk g backpacker sndiri oversea tu huhu...tahun 2014 waktu nampak je iklan tawaran ke Jepun utk exchange program terus apply, tak pk langsung apa2, dapat ke x, terjah je apply..sbb mmg teringin nak merasa pergi oversea...


"terjah je kemudian fikir" tu mmg motto sy huhu..
Dah dapat baru kelam kabut fikir macam mana nak handle  


And that time bermula lah jatuh cinta pandang pertama dengan Japan 



Apa yg pernah dicerita ttg Japan semuanya betul. Disiplin tinggi, kebersihan trjaga, akhlak baik... dan nekad nk sambung Phd di Japan.

Namun takdir Allah mendahului segalanya, ekonomi yang tak berapa stabil terpaksa lupakan impian tu huhu... tawaran dari Osaka University terpaksa ditolak... (yang ni nanti aku cter lain kah3!)


http://matcuoi.com Segala rezeki tu dari Allah,, Dia berhak memberi, dan mengambil... yg penting kena selalu bersyukur pd setiap pemberianNya,,, yg diambilnya tu selalu nya sedikit sahaja jika dibandingkan nikmat2 yg Dia slalu beri!!


ok cukup setakat ni daa!! 

Passion vs Tanggungjawab

Thursday, April 20, 2017
| Khamis | 20 April 2017| 1600


post kali ni dimulakan dgn gambar sis pergi bercuti,, sis ke pulau manukan sabah
kah!

===================================================================

wahh dah bertahun-tahun tak hupdate blog ni... pastu baca last2 post pun entah pape aku merepek entah haha... tak mature sgtt ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ
Alhamdulillah minggu lepas join bengkel penulisan bersama Muharikah. Itu lah first bengkel 27 tahun hidup ni tak rasa mengantuk dan membosankan. Sampai Muharikah sendiri cakap, inilah 1st bengkel dia peserta semua tak mengantuk dan masih aktif walaupun jam dah lewat petang.

Dan aku pun nampak lah rasanya aku dah mula jumpa passion hidup aku sekarang ni ada dua.


๐Ÿ’“|menulis| dan |memasak|๐Ÿ’“
asal stress je benda dua ni aku buat dulu huhu...





Lepas berbengkel seharian tu, memang perasaan menulis tu membuak-buak rasa. Dan teruja pulak rasa nak publish buku. Sharing dengan orang perjalanan dan pengajaran yang kita ada dalam hidup ni. Cantik sebenarnya kalau kita perasan Allah dah aturkan hidup kita ni. Masing-masing ketetapan ada hikmah yang tersembunyi.



==============================================================

Image may contain: screen

Alhamdulillah harini genap 8 bulan aku dah sambung phd.

Ternyata perjalanan ini sangat lah tak mudah huhu. 

Even baru 2 sem, aku rasa kadang-kadang lelah sedikit atas banyak sebab.
Orang mmg nampak aku mcm syok la...


"yela, everymonth dapat elaun mcm gaji,tapi kerja tak terikat mcm office hour,,dapat pulak elaun kpt 4 bulan sekali...masyukkkk ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ!!"

itu kata kebanyakan orang,

yang tak berdiri dalam kasut aku
(eh pakai kasut ke pun? )๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„


"pada aku tak!Ia bukan dinilai pada duit!"

*kawan2 masa master dulu dah takde huhu...
perjalanan phd ni rasa alone kdg2...
Tapi alhamdulillah Allah hadirkan beberapa insan penaman sejati bila saat tingtong .. 
akhawat still ada disisi ๐Ÿ’“

(tapi sahabat-sahabat dulu selalu tetap ada meneman dalam wasap group huhu...pun jadi la kan ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚)

*throwback! campak belakang!*





Gambar zaman muda mudi kat lab master
RNdU SEMuAAA!๐Ÿ˜ง๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ
๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’“

===========================================

Passion vs Responsibility | Minat vs Tanggungjawab |
Aku ni
Degree maths,
Master sc comp,
Tup2 diminta penaja, Phd ni masuk sikit dlm software engineering + softcomputing.
Ngilu sguh nk sebut domain ni huhu ๐Ÿ˜ต๐Ÿ˜ต๐Ÿ˜ต

Benar,
Dalam dunia ni kita berhak memilih bila nk buat sesuatu..
Ad orang senang memilih mengikut minat nya, jadi tak lah bosan dan penat.
Kalau difikirkan minat aka passion,
Aq ambil je tawaran osaka univ dan pandai2 la cari penaja sendiri,
Aq ambil je research psl flooding, maths, forecasting, pandai2la bwk diri,
Kerana minat....
Dan boleh jadi aq teruskan je jadi cikgu SL1M kat madah.
Hakikatnya skrg
Tanggungjawab terpaksa melebihi minat.
Terlalu banyak benda yang masih tak tahu.
The more we know, the more we dont know..
Pengetahuan nk kena double.
Effort nk kena double triple dari biasa2 ๐Ÿ˜ง๐Ÿ˜ฅ
Allah...
Perjalanan ni masih jauh...
Ada yang cakap gila apa main lompat2 domain ni tak takut ke risiko?
Entahlah, takda jawapan.
Ad orang senang utk memilih kerana minat,
Tapi mgkin padaku,
Jujur skrg ni tanggungjawab melebihi minat,
Tidak boleh terlalu memilih kpd minat,
Tanggungjawab sbg anak, adik bongsu dlm keluarga, pendidik, khalifah
Tanggungjawab kpd masyarakat, ummah
Tanggungjawab utk memenuhi kehendak penaja
Nak tak nak, itulah motivasi untuk teruskan jugak perjuangan gali ilmu Allah yg luas sgt ni...
Bagi yang sama situasi dengan sy,
Bila terpaksa memilih tanggungjawab instead of passion,
Selamat berjuang bersama ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช
Yakin yang Allah nilai usaha kita, penghujungnya? Wallahualam...
Usaha dengan perancangan teratur moga2 rezeki Allah permudahkan lah segalanya aaminn inshaAllah ๐Ÿ’œ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Gambar : kutip ilmu dari Prof Madya Dr Noraini Ibrahim, fsktm, uthm.
(Gambar sedikit kabur kanta kamera dh pecah huhu)
Seronok dapat berkongsi ilmu dengan senior lecturer ni, sangat lah rendah diri walaupun pangkat dh prof tp slalu je bahasakan diri "akk" utk memecah gap komunikasi mungkin ๐Ÿ˜Š jd senang juga nk berbincang dari insan tak tahu apa2 ni huhu..
=======================================================================

Atas ni post aku kat fb minggu lepas. (saje bagi separation kang ada bosan perasan teman copy paste je fb haha)

Ni nak berblog plak cter detail sikit.
Minggu-minggu lepas aku diuji lah bila abah sekarang dak tak berapa sihat. 

"We are busy growing up, but forget that our parents are getting old"

umur abah dah cecah 75 tahun ni. Dah lama abah duduk sorang-sorang lepas mak meninggal. Memang abang atas aku ada teman abah kat rumah, tapi abang pun kerja. Waktu siang abah kebiasaannya sorang. Tkde teman menyembang. Sakit, makan minum abah agak kurang terjaga huhu.

Aku rasa serba salah. Bila aku balik kampung, memang aku bertanggugjawab masak jaga abah kat rumah. Tapi bila aku balik johor, abah takda teman menyembang. AKu ada pesan kat abah, 

"abah jangan risau sangat, nanti kita dah tahun kedua kita balik lah teman abah. tahun ni tak boleh lagi genting sikit nak siapkan kerja-kerja"

Aku takde kelas, alhamdulillah elaun uthm pun masuk tiap-tiap bulan macam gaji, jadi aku rasa takde masalah nak jaga teman abah kat rumah, cuma syaratnya aku lah kena kuat, kena disiplin diri tinggi. Nak bahagikan masa mana nak jaga abah, mana nak buat kerja huhu.

PhD ini satu pertarungan hidup!

AKu pula sekarang terikat kontrak dngan uthm kena got 3 tahun. Kadang-kala rasa tersepit antara passion dan tanggungjawab ni huhu ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ

Tak pernah salah kan sesiapa. Abah sendri slalu sebut tak payah la pk abah. kamu belajr tu elok2 dlu. Abah syukur at least aku dah ada jaminan kerja lepas habis belajar nanti. Abah suruh buat betul-betul. Family pun selalu support. Tak pernah cakap tidak pada apa2 je yang aku minta huhu...dan mmg tak pernah pun suruh aku pk pasal abah kalini walaupun sbnrnye aku tahu, aku jelah paling flexible skrg, belajar tak terikat waktu office hour. 

Kadang-kadang selalu terfikir lepas solat,
"Allah bagi aku peluang ni sebab ape??Allah pilih aku, dari 16 orang yang datang interview STAB UTHM tu sebab apa??
Allah bukan macam manusia,manusia sering melakukan perkara sia-sia..tapi bukan Allah..."

Allah tak pernah meletakkan sesuatu itu sia-sia...Allah bukan juga melakukan setiap perkara itu hanya dengan sia-sia....melainkan kita yang melihatnya tanpa pandangan hikmah seterusnnya menuduh ia secara negatif thinking..Allah tidak lah melakukan yang sia-sia apetah lagi memungkiri janji-janjiNYA,Allah tidak seperti manusia..

Itu yang aku selalu yakinkan diri setiap kali lepas solat...
ALlah memilih aku, mesti ada sebab, 
"Either aku yang merugikan diri melepaskan peluang ini dengan sia-sia,
atau
aku harus memilih untuk teru kuat menempuh apa pun yg mendatang"

Memang kadang-kadang kita tak nampak apa yang nak datang sebenarnya,
tapi cuma boleh yakin,
Allah sedang menyediakan "sesuatu",
ya "sesuatu" yang pastinya paling terbaik untuk hidup kita akan datang....

Selalu pesan dan bisik dengan drii sendiiri,,

"SITI HAJAR,
Allah memilih kamu,
Allah bagi peluang ini untuk kamu,
rugilah kalau kamu sia-siakan!!


Allah dah pilih kamu,
walaupun kadang kadang kita selalu tertnya-tanya "mampuke aku ni??"
ya! Allah tahu kamu mampu,
mungkin kita belum nampak,
ttapi teruslah berjalan dengan berpegang pada tali Allah..."

teruskan istikharah memohon petunjuk Allah....

"Ya Allah aku beristikharah dengan ilmuMuAku memohon kekuatan dengan kekuatanMuDan aku memohon keagungan kurniaanMuKerana Engkau berkuasa dan tidak pula akuEngkau mengetahui juga tidak akuMaha mengetahui yang ghaibYa Allah jika ini baik bagikuAgamaku dan kehidupankuJuga natijahku selepas inimaka tetapkanlah Engkau mudahkanlahDan berkatilah aku padanyaYa Allah jika ini buruk bagikuAgamaku dan kehidupankuJuga natijahku selepas inimaka jauhkannya darikuJuga jauhkan aku darinyaTetapkan aku dengan kebaikanSebagaimana yang sepatutnyaKau jadikanku meredhainya"

 ps : istikharah bukan pasal jodoh je hokeh... susunan doa istikharah ni sangatttlah cantik!

aku beristikharah dengan ilmuMu Ya ALlah...
Berikan aku petunjuk...

itu pegangan kita sekarang. Sentiasa apa apa pun, kena selalu minta ALlah yang bagi petunjuk.

"apa benda dalam dunia ni Allah takde kuasa?? semuanya dalam kuasa ALlah... Kalau Allah izinkan, benda tak mustahil dan pelik mcm mana pun, tetap boleh berlaku. Sebab?? ALLAH itu Maha Berkuasa Atas Tiap Tiap sesuatu,... "
Tinggal kita jelah yakin tak yakin je......

Image may contain: one or more people and people standing
stress2 phd ni pun tak nak la sampai tahap gemok jd moga2 istiqomah lah bergym kah3! ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š





Doaaaakannnn siti hajar arbain!
semoga terus kuat menempuh apa pun ujian mendatang..

aaminn inshaAllahh 
๐Ÿ’“๐Ÿ˜

Excitednye!!

Wednesday, July 3, 2013
 

wah EXCITEDNYE!!!!http://matcuoi.com



http://matcuoi.com*Dah kenape tetibe kau excited harini???*




Haha,..hai cik Panda... harini aq excited pasai minggu depan dah nak masuk bulan Ramadhan...! Alhamdulillah...moga2 Allah smpaikan waktu kita dgn waktu tu ye amin....


http://matcuoi.com *"wah excited nye, excitednye!!!"*






Ahlan wasahlan Ramadhan kareem.....



"Ok jap" http://matcuoi.com nak masuk bulan mulia ni, excited je tak ckup ok.. kalau kita sekadar excited, tapi tiada persediaan utk menghadapi ke arah bulan tu, so that bulan tu adlah bulan yg terbaik berbanding Ramdhan tahun2 yang lalu...pun tiada guna jg... enjin kreta motor pun kne take five utk dipanaskan dulu sblum berjalan jauh, ini kah pula enjin badan yang bakal menempuh sebulan mujahadah nafs.....
so utk entry kali ni aq nak cter beberapa sket lah yg berkaitan dgn ramadhan ni...
http://matcuoi.com *waaa... cer cter, cer cter....*



ok, 1st aq nak share satu benda ni, aq dapat dari sharing Ustaz Zaharuddin.. aq amek dari link ni http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/148-kesilapan-kerap-dalam-bulan-ramadhan.html



*ok yg tu sila baca dulu lah ye, yg aq nak coret2 ni pandangan aq pulak trhadap tulisan Ustaz...



*
http://matcuoi.com"alah...kopi+pasta je lah weh, kang senang entry kau cpat siap"


*ish, sory, http://matcuoi.com aq tak suka sgt kopi+pasta, nt tak jadilah blog lailatulinsyirah, jd blog kopi+pasta haa tak gitu?* 


http://matcuoi.com"setuju3"


So kali ni aq nak bg sinopsis atau sedikit pandangan peribadi aq..
Antara yang ditulis dalam post tersebut, adalah beberapa pandangan Ustaz Zaharuddin ttg objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh setiap muslim di bulan Ramadhan ini.


Pertama : Taqwa
Ini disebut jelas dalam ayat 183 surah al-Baqarah.



Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)





Kedua : Keampunan

Ini pula diambil hujag dari hadith Rasulullah saw yg sohih ttg tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT. Nabi mengajarkan doa khusus berikut untuk memohon keampunan, iaitu:




"Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa, fa’fu ‘anni"


Ertinya:  “Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memberikan keampunan, maka ampunkanlah aku…”



Namun begitu, dalam byk2 point yang diketengahkan oleh ustaz ttg permasalahan yg sering dipandang enteng oelh umat islam zaman skrg ialah  kesilapan memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba.

Ini sudah tentu akanmemberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.


Dan inilah ilmu yg ramai umat islam kini masih tersangkut.. Allahu, moga terhndar aku, sahabat2ku dan keluargaku dari fitnah riba ni, tmbah2 akhir zaman skg mcm2 skim ditwarkan.....Yelah, lagi2 skrg ni susah sgt nak cari perbankan yang berlandaskan syariah, yg ditawarkan kebanyakannya adlah yg konvensional...


Yep, mmg cara knvensional adlah lebih mudah, dan sgt tidak byk songeh, tapi ketahuilah bahawa hidup kita bukanlah kekal di dunia ni.. Tak salah kalau kita lebihkan sedikit waktu kita, meminjamkan sedikit waktu kita, utk melayan karenah2 birokrasi kerajaan mahupun sistem perbankan islam, hanya dengan harapan kita sntiasa terpelihara dari fitnah riba ini.. ALlahu..moga2 aku kuat suatu hari nt...


Yelah skrg boleh lah ckp, nt dah berdepan dgn situasi ni..xtahu cmne kan..semoga Allah sntiasa melindungi kita..amin...



"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka berkata, “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba.” - See more at:http://www.pakdi.net/pinjam-vs-hutang/#sthash.GNlTpVUK.dpuf


*ok sory entry kali ni agak bohsan, tapi inilah antara perkara yang aku nak ketengahkan, sbb pada aq, isu ni jg sgt penting, demi kemaslahatan keturunan kita...kita sedia maklum bahwa makanan itu akan menjadi darah daging kita...dan makanan kita datangnya dari sumber kewangan kita sperti kereta, kerja, dan proses peminjaman kita spnjng kita hdup...adkah ia nya berlandaskan syariah, atau tidak* 


Dan aq percaya, ini lah masanye bulan ramdhan, utk kita sama2 mengambil peluang danr ruang, utk kita sntiasa memperbaiki amalan, dan ibadah2 seharian kita... tatkala ini syaitan mungkin sudah diikat, tapi tidak nafsu kita yg telah "berkawan" dgn syaitan slama 11bulan yang lalu... http://matcuoi.com


Maka, ia akn menjadi satu mujahadah pada kita, utk terus berlawan dgn nafsu tersebut.. Mungkin kdg2 tewas, paling tidak kita dah berlawan, dan kalau zaman rasulullah, ini dikira syahid dalam peperangan, sbb kita ada usaha menyertai jihad ini... InshaAllah, try our best to become a better 'abid....! http://matcuoi.com *ini kalilah*!!



http://matcuoi.com *....*


Erm, dan last but not least, aq nak share vdeo dari ustaz MAZA pulak... tajuk "ROAD TO RAMADHAN" ni link dia http://www.youtube.com/watch?v=u_f4dD-wMUE&feature=em-subs_digest&list=TLZQTFQXO1EYQ 

aq tengah mendengar lagi ni, so tak leh nak cter sgt ape dan ttg ape yg ustaz maza dok crita kan ni hehe... keh lah smbung wat keje daaa http://matcuoi.com


p/s: 

http://matcuoi.comerr cik panda ingt lagi tak ape tok imam akn ckp lepas selesai je doa solat teraweh??

errr errr ape dia eh?? xingatla.... http://matcuoi.com 
tok imam ckp cmni.... "niat puasa" kikikiki.... ingt lg ke niat puasa cik panda?? keh3 http://matcuoi.com

http://matcuoi.com".........."




Lafaz dan niat puasa : sahaja aku berpuasa esok hari dibulan Ramadhan, kerana Allah taala......