Nabi Muhammad saw bersabda:-

“orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan pada keduanya terhadap kebaikan. Bersungguh-sungguh lah dalam meraih apa yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan merasa lemah. Jika sesuatu menimpa kamu, maka janganlah kamu mengatakan “seandainya aku melakukan begini niscaya akan begini dan begini”, akan tetapi katakanlah, “Allah telah mentaqdirkan hal itu, dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi. Kerana sesungguhnya perkataan “seandainya” akan membuka perbuatan syaitan”
--diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah r.a--


Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, Untuk mecintaiMu,Ya Allah, Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Izinkan aku menyentuh hati seseorang yang tertaut pada-Mu, Agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari-Mu, Ya Allah, Sesungguhnya aku bermohon pada-Mu untuk selalu mencintai-MU...

sandera kebun cinta~

Friday, February 19, 2010
EHEM ^_^
ni cuti2 ni rase cam bosan pulak, tak tau nak cakap ape, rase cam nak share pasal satu ceramah nih. Haritu ana tak bercadang pun nak pegi, tibe2 mariam datang bawak motor amik tentatif program untuk laporan die tuh, tut2 kitowang terase cam nak g jugak ceramah tuh. Tajuk ceramah tu "Sandera kebun Cinta" oleh ustz mahyuddin kat KTDI..

best jugak ceramah tuh, ustaz tu bukan men lagi berceramah men ikut pengalaman die pulak. HUh kalau bab2 ceraman cintan, sambutan student nih amat menggalakkan, memang jiwa remaja betui.. ish3x >_<

"get ready ur note"

macam2 ustaz tu ceramah, ana pun nak share rasenyee tak cukup page nih.. "kowt" :D
tapi ana akan highlight kan ape yg penting dalam ceramah tuh ^_^

>> "cinta itu fitrah. Namun sebelum mencari cinta manusia, haruslah dikukuhkan terlebih dahulu 3 cinta utama. Apa 3 cinta utama tu?? ha..
1) cinta kepada Pencipta, Allah SWT
-kerana Allah lah pencipta kepada cinta itu sendiri. Maka jagalah cinta kita dengan Allah, maka akan Allah jaga cinta kita sesama manusia, insyaAllah.

2)cinta kepada Rasulullah SAW:-
-dalam suatu hadis sahih yang diriwayatkan ; berlaku suatu peristiwa dimana Nabi SAW pernah bertanya kepada Umar sahabat Rasulullah SAW. (antara lain bermaksud)"wahai Umar, bagaimana kau sayang diriku? Umar menjawab, aku menyayangimu wahai Rasulullah melebihi diriku sendiri. Lantas Nabi menjawab salah.. kerana kata nabi, tidak beriman dikalangan kamu kepada Allah sehingga kamu sangat sayangkan aku(rasulullah) melebihi kamu sayangkan diri kamu sendiri, mak ayah dan kalau betul kamu sayangkan anak kamu sendiri". lantas tersedu umar apabila terdengar. Rupa2 nya, masih belum cukup cintanya kepada Rasulullah SAW..
JADI, BAGAIMANA DENGAN KITA?? huk2..renung2kan~

3) cinta kepada ibu ayah

perkahwinan merupakan suatu sunnah Nabi SAW yang wajar kita ikuti. Kata Nabi, siapa yang benci akan sunnahnya, maka dia bukan dari golongan umatku. Jadi, kita sebagai umat nabi Muhammad SAW tidak seharusnya membenci perkahwinan kerana ia merupakan sunnah Nabi SAW.


kusyuk dengar ustaz kasi ceramah

ade sesuatu yang menarik nak ana kongsikan.. nak tau tak kenapa lelaki diharamkan pakai emas??? ha.. ni jawapan ustaz tuh:-

"terdapat kajian mengatakan dalam emas ni ade suatu enzim yang akan melemahkan nafsu manusia. ha, laki ade berapa nafsu? 1 kan? perempuan pulak ade brape nafsu? 9 kan? yelah, tengoklah, laki tu dah ler 1 nafsu, tambah pakai emas, habes lah.. itu pasal lah bila mak die tanye kat anak laki nyer, cantik man ni perempuan, jawab laki tu entah ler mak, macam kipas je.. aduhh.. kipas dengan manusia pun dah tak nampak, itu ler pasal nafsu dah takde, pakai emas.. hehe" (ustaz tu mmg gelak tau, bukan ditokok tambah yew :D )

tambah ustaz tu lagi:-
"cube tengok org perempuan, nafsunyer kenape 9?? tak cayer? org perempuan nih kalau dibawa g langkawi saner contohnye, ha.. cawan macam macam cawan die beli nyer..entah, macam2 jename ade.. hehe .. (time nih ana dgn mariam bisik, nih mesti pengalaman isteri die hehe)
pastu diletaknyer cawan2 tu dalam almari, tak cukup, dikuncinyer pulak..adehh.. ni ler perempuan.. nafsunyer.. tambah2 cawan tu bukan tuk dihidang kat suami, suami pun tengok cawan si isteri kasi, belek2 cawan rupe2nyer cawan percume colgate.. huhuhu sabar jelah si suami.. ni ler perempuan"..

erk! yeke??? ermm tak semua macam tu ustaz hehe

then, ustaz tu kasilah tips2 nak cari bakal isteri seperti yang diajarkan Nabi SAW:-

1-hartanya
2-keturunannye
3-kecantikannya
4-agamanya

memilih agama itu lebih baik kerana jika kamu memiliki agamanya, maka kesemuanya yakni kecantikan, harta dan keturunannya juga menjadi milik kamu..

wallahu alam~


0 komen:

Post a Comment