Nabi Muhammad saw bersabda:-

“orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan pada keduanya terhadap kebaikan. Bersungguh-sungguh lah dalam meraih apa yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan merasa lemah. Jika sesuatu menimpa kamu, maka janganlah kamu mengatakan “seandainya aku melakukan begini niscaya akan begini dan begini”, akan tetapi katakanlah, “Allah telah mentaqdirkan hal itu, dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi. Kerana sesungguhnya perkataan “seandainya” akan membuka perbuatan syaitan”
--diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah r.a--


Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, Untuk mecintaiMu,Ya Allah, Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Izinkan aku menyentuh hati seseorang yang tertaut pada-Mu, Agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari-Mu, Ya Allah, Sesungguhnya aku bermohon pada-Mu untuk selalu mencintai-MU...

aku memilih jalanNya...

Sunday, October 11, 2009


Aku memilih jalanNYa..
Assalammualaikum dan salam alaik sahabat-sahabat ana.. lama nye rasa tak kunjung blog ana.. bersawang jugak ana rasa..hehe.. Alhamdulillah, tatkala ini masih diberi nikmat merasai keindahan iman dan islam.. indahnya setelah diri ini diuji dengan pelbagai ujian dunia.. dunia memang rupa-rupanya suatu medan ujian.. apelah dunia jika tiada ujian..
Setelah lama nya dibuai mimpi dunia, Alhamdulillah, hati ini masih dketuk pintunya..masih dikunjungi rahmat hidayahNya.. Alhamdulillah.. setelah berlautan hati ini ditimpa dosa-dosa noda duniawi, ia masih di sergah dan diberi peringatan dengan amaran tarbiahNya.. maafkan diri ini yang lemah wahai Tuhanku.. tidak tahu kemana lagi harus diri yang hina ini mengadu jika bukan kepadaMu wahai pencipta diri ini….
Kesepian dalam menaungi dosa-dosa mengetuk hati ini untuk kembali kepada jalanNya setelah jauh menyinggah di tepian.. lalai seketika memandang keindahannya.. lupa pada matlamat perjalanan ini.. Alhamdulilah..kini tidak lagi perlu dirisaukan tentang hal-hal yang meragukan diri ini untuk meneruskan jalan di medanNya..
Sudah tekad hati ini.. antara jalan itu, dengan jalan Nya.. aku memilih jalanNya… kita bukan diciptakan untuk jalan itu.. kita mempunya matlamat dan perjuangan hidup.. sebelum kita pergi mengadapNya.. jalan itu bukan jalan kita.. jalan kita masih panjang.. pasti berliku, pasti berduri.. namun, jalan pilihanNya itulah yang terbaik sebenarnya..
Lupakan jalan itu, teruskan perjalanan ke arah jalanNya, teruskan dan teruskan.. semoga hatiku akan terus diketuk dan diperhatikan oleh Pencipta hati ini, jika diri ini terleka, akan terus ditegur… maafkan hamba Mu yang hina ini Ya Rabb….
Aku memilih jalan Mu.. dari jalan itu…Bimbinglah diri ini sehingga dijejaki jalan bondaku kini…
Firman Allah swt:-
“Dimana sahaja kamu berada, mati pasti akan mendatangimu, sekalipun kamu berada di dalam mahligai yang kukuh”-surah an-nisa:78
Rasulullah saw bersabda:-
“sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang sebruk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya”-
(ahmad dan al-hakim)

muhasabah_insyir
--11Oktober2009:3.30PM--



ketahuilah...

Thursday, August 27, 2009
Salam alaik sahabat-sahabat ana =).. Ramadhan masih disisi kita.. semoga kita sama-sama dapat rasakan keberkatannya sepanjang bulan yang mulia ini. Baru-baru ni ana jalan-jalan ke blog-blog sahabat-sahabat ana, seperti biase, ana telah pun di naik pangkat untuk dijadikan promoter blog oleh tasneem.. hehe.. kali ni blog sahabat ana yang jadi mangsa copy paste under hak cipta tak terpelihara =)..

http://muslimah08.blogspot.com/
sile2 lah..hehe... (cik ifah.. jgn lupe kasi masuk gaji na..hehe)


ana tertarik dgn satu artikel ni.. ana paste kat sini untuk tatapan bersama =)...


Adam,mengertilah... Hawa bukanlah insan yg kuat.. bukan juga insan yg bisa menahan nafsu.. tatkala diri diuji, Hawa sering tewas... tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..Adam,mengertilah... sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik.. agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia... telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya.. Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj.. perfume, make up, perhiasan... telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya.. namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa yg serba kekurangan iniAdam,mengertilah... Hawa ini berjiwa lembut... sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta... Hawa tau permintaan Adam tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat... namun, Hawa lemah... Hawa takut zina hatiAdam,mengertilah... setiap kali 'sms' diterima.. Hawa keliru... ingin sekali Hawa membiarkan sahaja.. tapi Hawa akur tuntutan sahabat... Hawa tewas... Hawa reply juga... mengenangkan Adam adalah sahabat....Adam,mengertilah... setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu.. mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam.. memudahkan perjalanan hidup Adam.. jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikanAdam,mengertilah... Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa.. namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta... tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa.. cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa.. jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan.. kerana Hawa milik Allah sepenuhnya... ketahuilah, janji Allah itu benar, andai benar adam adalah untuk hawa, ketemu jua walau berpisah kerana syariatNya, walau tidak didunia, di syurga itu pasti.... Adam,mengertilah..


=)...
Thursday, August 20, 2009



DOA adalah silah al-mukmin atau senjata bagi orang beriman. Banyak ayat al-Quran dan hadis yang menggesa umat Islam supaya memperbanyakkan doa kepada Allah.




Doa dan Ramadan juga saling berkaitan antara satu sama lain. Banyak riwayat yang menjelaskan bahawa Nabi Muhammad saw sentiasa berdoa sepanjang Ramadan. Malah, dalam riwayat lain, dinyatakan bentuk doa yang diamalkan Rasulullah.




Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan. Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).




Bentuk doa yang dibacakan Rasulullah juga berbeza pada awal, pertengahan dan akhir Ramadan.Diriwayatkan, pada awal Ramadan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka.




Kaitan doa dengan Ramadan amat dekat kerana ayat mengenai galakan berdoa iaitu ayat 186, surah al-Baqarah, disebut selepas ayat kewajipan berpuasa.Dalam ayat berkenaan, Allah berfirman bermaksud: “Dan apabila hambaku bertanyamu mengenai Aku, maka jawablah bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan doa apabila dia memohon kepada-Nya.”