Nabi Muhammad saw bersabda:-

“orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan pada keduanya terhadap kebaikan. Bersungguh-sungguh lah dalam meraih apa yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan merasa lemah. Jika sesuatu menimpa kamu, maka janganlah kamu mengatakan “seandainya aku melakukan begini niscaya akan begini dan begini”, akan tetapi katakanlah, “Allah telah mentaqdirkan hal itu, dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi. Kerana sesungguhnya perkataan “seandainya” akan membuka perbuatan syaitan”
--diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah r.a--


Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, Untuk mecintaiMu,Ya Allah, Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Izinkan aku menyentuh hati seseorang yang tertaut pada-Mu, Agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari-Mu, Ya Allah, Sesungguhnya aku bermohon pada-Mu untuk selalu mencintai-MU...

teringat....

Saturday, November 12, 2011
Salam...


erm mcm biasa lah, setelah 3, 4 bulan baru terase nak hupdate blog nih...nak kne cari feels dlu huhu...MySpace [aiyak!]


hmm minggu ni aq ngn kwn2 lab mates kne bersengkang mata, berkerah tenaga (ayat takbley blah) utk menghadirkan diri ke kelas research methodology selama seminggu berturut-turut dari 9/11/2011 sehinggalah 18/11/2011 dari jam 9 pagi sehinggalah 5 petang... aaAaAA!!!
ade best ade jugak tak best... [yg bestnyer ble tak payah present2 jmpe Dr utk mgu nih hoho MySpace ] dan yg tak bestnyer mgkin ia juga akan mengakibatkan kerja research sy smakin tergendala waaa MySpace !! 


tapi seyesla wa cakap,,bile dah attend kelas ni,,baru wa tahu byk sbnyernyer keje2 reseacrh ni..rupa2nya ia bukan semudah yg disangka..planning yang smart kne dimulai dr sekarang! sem 1 bukanlah sem honeymoon bak kata lecturer, tapi sem yang 'u must to clear everything what u want to do in ur research'...the target is 1YEAR,,1Year dear!! MySpace


"Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang sepatutnya dicari keredhaan Allah Azza wa Jalla dengannya, tetapi dia tidak mempelarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat" (H.R. Abu Daud dan Ibn Majah)


Namun seketika bila otak duk tensen pk semua ni,,teringat seketika hala tuju hdup ku sbnrnye Allah ciptakan di dunia ni... Allah yang pilih aq untuk smbung master by research ni, tentulah Allah bukan sengaja dan main2 nak bagi aq tugas ni kan kan ....





"ia adalah alat jika kamu tahu kelebihan ia"


 Hadis Nabi SAW atas tu bila first aq baca agak tersentap juga lah..huhu kdg2 kita ni fitrah manusia yang tidak pernha sempurna,,kdg2 terlupa..itu lah INSAN...


Kdg2 bila terfikir dari kecik smpai la ke besar, sebenarnya hampir kesemua yang aq cita-citakan sebenarnya telah pun Allah kurniakan tanpa sedar...ALhamdulillah Ya Allah...
skrg ni mgkin masenyer utk aq kembali muhasabah, apakah pula sumbangan yang patut aq lakukan dalam menyumbang pada agama Allah ni... hmm.. MySpace


Ya Allah..jalan ini sungguh sukar ku rasakan,,semoga dipermudahkan segala2nya urusan kami ini Ya Allah...aminn..... MySpace 




''kusyuk bebenO komer ye ^^,''


 Kadangkla apa yang dirancang sejak kecil hanya lah perancangan, namun Allah juga sedang merancang yang lebih baik utk kita semua.... yakinlah bahawa Allah tidak akan memberi sesuatu tugasan melainkan dgn kemampuan kita juga..Namun segalanya berbalik pada kita, sama ada MAHU MySpace atau TIDAK MAHU MySpace ... 


Dunia hmpir ke penghujungnya, sama ada sempat atau tidak bukan lah urusan kita menentukan, namun harapnya akhir kita adalah pengakhiran bg seorang pejuang..bukan hanya berjuang pada dunia semata, tapi perjuangan yang hakiki..


haa ok lah, nak smbung jalan2... wakaka MySpace





"agak2 lau adik usrah tgk kakak naqibah ade kreta ni bwk demer jalan2 sronok tak? peh!"
MySpace

aper cter??

Friday, June 24, 2011


Salam jumaat utk smua MySpace

Hmm setelah satu sem tak hupdate blog, ade org tanye, skrg ape Cer?? okeh skrg nak cter ape cer saya skrg.. Jom MySpace


First skali nak cEr, alhamdulillah saya dah habes blajar!! yeppy! alhamdulillah sgala urusan dipermudahkan.. haritu keputusan MUET keluar pada tarikh 13 hbln, sehari sebelum tarikh tutup hantar keputusan MUET kat pjbat fakulti, kalau lewat je, terpaksalah saya tangguh grade, huhu..tapi alhamdulillah, Allah permudahkan urusan, MUET saya keluar awal dari tarikh tutup permohonan tersebut.. saya dpt band 3..tak ok bg yg terer bi, but for me, alhamdulillah janji lepas hehe ^___^ MySpace

Actually byk sgt cerita, memori kat utm yg takkan sye lupakan..sgt byk... rindu sgt kwn2 kat sana..hari2 terakhir sebelum pisah tu sempatla pergi rumah shida, jalan2 melaka...memg best! 3 tahun dok berangan nak pie umah shida... akhirnya tahun akhir jugak dapat jejak umah shida heee.... tak nak cter pnjg2, tgk je gmbaq2 nih MySpace



ni la kwn2 saya ^_^


kapal besaqq

Itu kenangan masa nak habes sem.. sebelum pisah, batch kitorg pun ade wat dinner..eh bukan kitorg wat, tapi fakulti yang buat.. Dinner faculty.. Kat situ lah semua student tahun akhir berkumpul..err makan2 je kut..tapi makanan2 depa sedap bangat!!.. tahniah kpd kawan2 yg dapat award presenter psm terbaik! MySpace

bola ajaib ditengah2 kami!

tahniah izzati jamahir (gambar kiri)

Then, masa semua pelajar2 dah balik, semester dah habes.. kami yang tinggal ni pun mula lah mencari rezeki yang ada di sekeliling ktf hahaha MySpace

"buah mempelam semakin membuah kan, ambil galah tolong jolokkan"
tu diaaa..


Sepanjang kat UTM, program2 tarbiah tak pernah takde..tak semestinya wat kat msjid or rumah, mana -mana pun proses tarbiah boleh dijalankan...



ni semasa program riadah petang bersama akhawat ^__^

Masa hari2 terakhir sebelum cik sarahanim balik kedah, sempatlah jugak pie umah usrahmate, kak arifah! lunch kat rumah dia..then jalan2 ngn kak zida g Cs kat bandar jb..1st tyme jalan2 ngn kak zida! MySpace

ni lah menu2 nya..dimasak kak arifah sekeluarga ^_^

Sembrong lake resort..there is somthing need to share.. tempat ni sangat3 cantik! Ada sorg kakak ni pernah cakap, tempat ni sekali pandang memg sebiji macam kat US..kawasan dia memg dikelilingi kehijauan, ada kuda2..ade lembu.. memang nyaman lah tempat ni...

Haritu Kelab Iqra wat program KESUMA 11 kat sana.. kem Kesyumulan Al-Quran MySpace

<3 UKHUWAH <3

Actually byk sbnrnye nak cter, tp ckup je kut takat ni.. insyaAllah bulan julai ni saya kene masuk UTM semua, jd RA (research assistant) sementara tunggu grade bulan 9 ni insyaAllah, boleh lah cari duit poket jd RA ni kan..dan insyaAllah, projek ni jugak akan saya ambil sbg master research saya...doakan semoga saya berjaya selesaikan master ni ...

Berat jg nak tinggalkan rumah ni sbnrye..baru plan nak temankan abah, kerja kat area2 sni je..tapi fikir2 semula, mungkin ni peluang yang tak mungkin dapat kali kedua huhu.. ape pun, insyaAllah saya nak cba yang terbaik, tak mau main2 lagi,, nak sentle kan master cepat2, then terus kerja..pray for me MySpace

So, for the last picture, i wnt to show u all about my last project when i was in final year. this is my reseacrh project or projek sarjana muda...Research ni ade kaitan dgn kes banjir yg berlaku kat johor baru2 ni... tajuk dia
"MONTHLY MAXIMUM RAINFALL FORECASTING FOR KOTA TINGGI DISTRICT USING EXPONENTIAL SMOOTHING, ARIMA, AND ARTIFICIAL NEURAL NETWORK MODEL APPROACHES"




ini lah hasil kerja keras kami untuk setahun..alhamdulillah MySpace

For the next post, maybe next year pulak ye hoho... Assalamualaikum MySpace

result dah kuar?? =_=''

Saturday, December 11, 2010
result senarai tampal UTM Skudai dah pun kuar.. dah bleyh la kira agak2 dpt pointer brape.. gune la formula yg biase tuh tuk kira... so amacam?? adakah macam ni MySpace [''syukur alhamdulillah''] atau mcm ni MySpace [''wuaaarGHh... mengapakah..mengapakah...''].... atau mungkin tak kisah pape pun macam ni MySpace [erk..ayark tak senonoh lah kamu niyh haish...]... tapi yg best tuh mesti timbul perasaan semngat yang tetiber dtg.. macam semngat nak berubah lebih baik macam ni MySpace [''chaiyOK2. cuba lagi..cuba lagi!!'']... atau.. hurmm just be natural...ignore all that thing MySpace [''be cool'']..........

haha... whatever lah perasaan2 tuh,..tapi ana yakin setiap org ade kowt mengalami salah satu perasaan2 seperti di atas kan... teringat pada hadis Nabi Muhammad saw dalam hadis 40 iaitu hadis yang ke 4...

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "
Dalam huraian hadis di atas, telah disebutkan tentang kebesaran Allah swt dalam penciptaan manusia dan makhluk2 yang lain. Pada hadith ini ditegaskan asal permulaan kejadian dan cara terbentuknya, amal yang dilakukannya dalam masa hidupnya dan tempat yang akan didiaminya setelah mati kelak.

timbul persoalan... ''habestuh lau dah smuanya tercatat, nape nak kne usaha lagi??'' MySpace cube fikirkan haa....

Cuba ingtkan smula apa tujuan kita diciptakan yang telahpun dicatatkan dalam al-Quran..

1) khalifah
2) hamba/abid

dua perkara yang sgt lengkap untuk menggambarkan sebuah kehidupan yang cukup sempurna yang digariskan islam.

Walaupun sebuah kehidupan ini telah pun ditetapkan pengakhiran kita, sebagai seorang islam, kita harus meyakini bahawa suatu amal itu tetap akan dinilai dan ditimbang oleh NYA dihujung waktu nanti.. apakah dengan kemewahan yang kita dpat telah kita gunakan ia sebaiknya? apakah ujian2 kesedihan yang ditimpakan kepada kita telah kita ambil ibrahnya atau berlalu sekadar suatu yang menjatuhkan nilai sebuah kehidupan?... segalanya akan ditanya... tidak ditinggalkan walaupun sekecil zarah...

agak2nya kalau kita dapat suatu kemewahan dan kejayaan tanpa usaha penat lelah, agak2 manis tak kejayaan tuh? agak2 terasa tak keseronokan suatu kejayaan tu? paling takut, agak2 nanti kalau Allah tanya apa usaha kita, boleh tak kita jawab? ..

pernah dengar tentang istidraj?


Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

[warna biru ini di copy di http://www.facebook.com/profile.php?id=100000290055754#!/note.php?note_id=149008458480594&id=107775115929439]


jadi, apa pun keputusan yang kita dapat SETELAH KITA BERUSAHA, yakin lah bahawa ia telah pun ditetapkan Illahi 1000tahun lebih awal dari sebelum penciptaan kita... yakin lah, bahawa keadilan Allah itu bukan lah pada nilai yang sama rata, tetapi ia bergantung pada nilai keperluan yang terbaik buat setiap insan. Apa pun ketetapan buat kita, yakin lah itu lah yang terbaik buat kita.. namun, usaha dan usaha dan usaha tetap perlu..kerana sgalanya berlaku atas ketentuan dan kehendakNYA jua...Beruntung dan bersyukurlah jika kita terpilih Allah untuk berada bersama islam yang sebenar2 islam..namun bagi mereka mungkin sahabat2 terdekat kita yang belum menerima islam sepenuhnya, bukan lah kita yang mampu memberikan mereka sebuah cahaya hidayah itu kerana ia milik dah hak Allah, namun, usaha kita sebagai hambaNYA haruslah sentiasa mendoakan mereka dan berusaha memantapkan diri dengan ilmu-ilmu islam supaya mereka yang lain juga bisa merasa betapa indahnya islam itu... ^_^


wallahu'alam ...


jom jalan-jalan MySpace


assalammualaikum~