
salam alaik =) sahabat-sahabat sekalian..
SIAPA KHADIJAH DI HATI RASULULLAH SAW...
Pernah tak kita terbayang siapa wanita ini dihati Rasulullah saw? bagaimana beliau mampu mencuri hatinya Rasulullah saw? Kali ni ana nak kongsi sama-sama tentang sifat permaisuri Rasulullah SAW ini yang bisa kita ambil pengajaran untuk mengecapi kedudukan seorang wanita solehah, mungkin sebagai isteri yang mendambakan syurga dari suaminya, siapakah khadijah di hati Rasulullah saw bisa dijadikan renungan bersama =)...
Saidatina Khadijah r.a mempunyai kedudukan yang istimewa di hati Nabi SAW. Sehingga baginda ada bersabda : 'sebaik-baik wanita ialah maryam binti imran dan khadijah binti khuwailid".(riwayat Bukhari dan Muslim).
Nama saidatina khadijah seringkali disebut-sebut oleh baginda SAW walaupun khadijah telah meninggal dunia. Hal ini dicemburui oleh Saidatina Aisyah r.a; sebagaimana pengakuannya : "saya tidak pernah cemburu terhadap salah seorang daripada para isteri Nabi SAW sebagaimana cemburuku pada khadijah. Saya tidak pernah melihatnya tetapi Nabi SAW sering menyebut-nyebut namanya. Kadang-kadang baginda menyembelih kambing lalu mengirimkannya kepada kawan-kawan khadijah. Terkadang aku berkata kepada baginda : 'seolah-olah di dunia ini tiada wanita lain selain khadijah.' Kemudian jawab Rasulullah SAW; "sesungguhnya Khadijah itu seorang wanita yang utama, bijaksana, dan darinya aku dikurniakan anak''.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam versi lain, rasulullah SAW bersabda ;"Khadijah beriman ketika orang-orang kafir kepadaku, dia membenarkanku ketika orang-orang mendustakanku, dan dia membantuku dengan hartanya ketika orang-orang lain memulaukanku'' (Riwayat Ahmad)
Memang sukar untuk memperincikan sumbangan saidatina khadijah r.a kepada rasulullah SAW dan sewaktu perkembangan Islam. Sejak perkahwinannya dengan Rasulullah SAW hinggalah wafat, kisah hidupnya penuh dengan pengorbanan.
Untuk mendapat cinta Nabi SAW maka contohilah cinta dan pengorbanan saidatina khadijah r.a kepada baginda. Cinta Nabi pada ummul mukminin ini bukan atas kecantikan paras rupa, tetapi cinta sejati berasaskan kpd kesetiaan yang ditunjukkan saidatina khadijah, pengorbanannya, kesabarannya, perlindungan dan pembelaanya serta zuriat yang dikandungnya.
Marilah kita cemburu sepertima cemburunya saidatina Aisyah kpd saidatina khadijah. Cemburu aisyah bukan lah cemburu melulu dgn nafsu semata-mata, tetapi dengan kecemburuan itulah yang akhirnya memacu Aisyah untuk mencontohi saidatina khadijah hingga berjaya merebut cinta Rasulullah SAW.
Tidak rugi wahai sahabat muslimah ku, kerana wanita solehah itu akan mendapat dua cinta manusia sekaligus. iaitu balasan cinta dari suami dan cinta Nabi SAW.
wallahu' alam..
