PerteMukaN Kami KeMbAli Di SYuRgaMU keLak Ya Rabb...
1
LeAve Ur Msj ;)
Followers
firman Allah taala :
"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: 'Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun'. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (al-Baqarah, 2:155-157)
javascript:void(0)
macam mana kita nak tahu bilangan adik seseorang??
ikut langkah ni, laila nak share dgn sahabat, maths is fun =)
1) bilangan abang darab 2 = {hasilnya contoh} A;
2) A kemudian ditambah 3 = B;
3) B kemudian didarab 5 = C;
4) C kemudian ditambah bilangan kakak = D;
5) D kemudian didarab 10 = E;
6) E kemudian ditambah bilangan adik = F
ha! kemudian, tips yang terselit dlm mathematics ni, cuba
nilai F tadi - (tolak) dengan 150 = katakan contoh dapat G
secara analisa nya:-
dari jumlah G tersebut, perhatikan :-
nilai Sa = bilangan adik; nilai Puluh = bilangan kakak; nilai ratus = bilangan abang;
ha.. tak percaya?? cubalah!
istajib doa ana ya Allah...
Ya Allah.. sampaikan salam rinduku pada nya Ya Allah.. ampunkan dosa-dosaku Ya Allah.. Ya Allah.. temani dia dengan cahaya rahmatMu Ya Allah.. kurniakan dia syurgaMu Ya Allah... seperti janji Mu... jadikan tempat persemadian nya itu salah satu taman-taman syurgaMu Ya Allah...Ya Allah...maafkan dosa kami sekeluarga, jua dosa kedua ibu bapa kami, sayangi mereka Ya Allah, seperti mana mereka menyayangi kami , anak-anaknya..sewaktu kami kecil dahulu Ya Allah...kuatkan kami untuk meneruskan kehidupan tanpa dirinya dalam kehidupan kami untuk meneruskan hari-hari kemudian..sehingga kami mengikut jejaknya Ya Allah..kuatkan diriku Ya Allah.. yang selama ini menjadikan dia sebagai kekuatanku... Ya Allah.. bantu lah, kasihanilah diriku Ya Allah...satukan kami sekeluarga kembali disyurga Mu kelak Ya Allah..diriku rindukan saat itu...bimbinglah kami kejalan yang Engkau redhai amin.....
Setelah kehilangan insan yang paling rapat dengan kita, pasti kita akan teringatkan betapa singkat rupanya hidup ini.. alangkah kerdilnya dunia ini di sisi Nya.. kematian adalah hakikat kejadian, ia suatu yang pasti. Semua orang akan mengalaminya.. ia suatu yang pasti!..
sejak kebelakangan ini, ana seringkali berhadapan dengan berita kematian, kesedihan hati ini yang masih mengalir kerana merasakan suatu kehilangan kini tidak lagi melihat dunia ini suatu yang indah untukku lagi.. bukan niat berputus asa tetapi semakin menginsafkan diri.. betapa benarlah kata para cendekiawan, dunia ini haruslah dilihat dari jendela akhirat... kini, itulah yang ana rasakan.. tiada lagi impian besar-besar yang ingin dicapai, cukuplah sekadar kemampuan, mampu untukku meneruskan kehidupan ini dengan hikmah Nya.. dengan petunjuk Nya.. dengan Rahmat Nya.. apalah kiranya kita mengharapkan suatu yang cukup indah, sedangkan ia akan kita tinggalkan jua suatu hari nanti... namun, tidak ku menolak kejayaan yang indah di dunia ini, sekadar mencapai biarlah kerana Nya.. kerana agama Nya.. bukan lah untuk mengejar dunia semata-mata.. harus dilihat.. semuanya tidak akan kekal, semuanya adalah milikNya.. kita akan dipertanggungjawabkan suatu masa nanti... kita semakin menghampiri saat itu.. semoga hari-hari kita sebelum tibanya hari itu, hidup kita sentiasa dalam bimbinganNya.. amin..
-lihatlah duniamu dari jendela akhirat-
FirMan Allah SWT ~
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216
QaLaM_InSyIR
seteguh fitrah saleha
sINopSiS noVel 1
Imran, remaja yang tercari-cari erti sebuah legasi demi memimpin cintanya menuju syurgawi. Dia cuba menyelami hakikat khalifah yang makin kabur. Dalam diam, jiwanya sentiasa memugar cinta Laila yang prejudis terhadap agamawan. Kerana cinta dia berusaha mengubah persepsi Laila. Namun, Laila tetap dengan pendiriannya. Ketika itu, hadirlah Nanda Gracer iaitu seorang Gadis asing yang mengheretnya ke dalam perdebatan antara kebenaran Islam dan kejahatan orientalis. Imran tekad menghadapi argumentasi itu dan merubah pandangan Nanda. Dalam diam, Nanda terpesona terhadap karisma dan kemantapan ilmu Imran. Dalam menggapai cinta Laila dan hambatan cinta Nanda, adakah Imran akan memperkukuhkan dirinya sebagai Khalifah Tuhan di muka bumi?
sinopsis novel 2- MekAr saKurA Di MimBaR CinTa
Buku ini adalah antalogi cerpen yang berlatarbelakangkan negara Matahari Terbit. Peluang melanjutkan pelajaran di negara yang terkenal dengan bunga sakura ini mengukir 1001 kenangan dan pengalaman buat pelajar Malaysia ini. Pelbagai konflik dan pertembungan antara dua budaya berlaku sepanjang kehidupannya di negara Jepun.
"Nur Hana Kimura?" Hati berbicara sendiri. Sudah lama gadis ini tidak mengutusi aku surat, menjadi aku terlalu rindu. Mungkin kesibukan membataskannya, sama seperti aku yang mengharung hari-hari yang sibuk. Solat sudah menjadi sulam; kenangan dan penghambaan.
"Aku tidak suka pada Islam! Islam ganas! Islam terror! Islam jahat! Berambus engkau dari sini, aku tidak suka dengan orang Islam. Kelak nanti, aku pula menjadi mangsa keganasan engkau, berambus engkau!"
Aku diam membungkam. Sepatah pun tidak bersuara, membiarkan gadis itu menang dalam emosi agama. Sedang nasihat mama pantas bergema di cuping selalu menyebut, anak rantau ibarat resmi padi, hidup menunduk dan berbakti. Aku cuma membalas dengan sebuah senyuman!
—Gugurnya Sakura Putih—
"Saya mencari pembuka! Saya mencari penakluk! Saya mencari al-Fatih!" Saya terus menjerit, meluntang-lantung meredah lautan manusia yang duduk tercatuk-catuk di sana sini. Sesekali manusia yang melaut itu menoleh-noleh pada saya. Memandang sinis. Membeliakkan anak mata. Menjuih hujung bibir. Saya tidak kisah — saya mencari seorang pemuda pembuka kota!
0 comments:
Post a Comment