Nabi Muhammad saw bersabda:-

“orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan pada keduanya terhadap kebaikan. Bersungguh-sungguh lah dalam meraih apa yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan merasa lemah. Jika sesuatu menimpa kamu, maka janganlah kamu mengatakan “seandainya aku melakukan begini niscaya akan begini dan begini”, akan tetapi katakanlah, “Allah telah mentaqdirkan hal itu, dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi. Kerana sesungguhnya perkataan “seandainya” akan membuka perbuatan syaitan”
--diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah r.a--


Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, Untuk mecintaiMu,Ya Allah, Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Izinkan aku menyentuh hati seseorang yang tertaut pada-Mu, Agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari-Mu, Ya Allah, Sesungguhnya aku bermohon pada-Mu untuk selalu mencintai-MU...

result dah kuar?? =_=''

Saturday, December 11, 2010
result senarai tampal UTM Skudai dah pun kuar.. dah bleyh la kira agak2 dpt pointer brape.. gune la formula yg biase tuh tuk kira... so amacam?? adakah macam ni MySpace [''syukur alhamdulillah''] atau mcm ni MySpace [''wuaaarGHh... mengapakah..mengapakah...''].... atau mungkin tak kisah pape pun macam ni MySpace [erk..ayark tak senonoh lah kamu niyh haish...]... tapi yg best tuh mesti timbul perasaan semngat yang tetiber dtg.. macam semngat nak berubah lebih baik macam ni MySpace [''chaiyOK2. cuba lagi..cuba lagi!!'']... atau.. hurmm just be natural...ignore all that thing MySpace [''be cool'']..........

haha... whatever lah perasaan2 tuh,..tapi ana yakin setiap org ade kowt mengalami salah satu perasaan2 seperti di atas kan... teringat pada hadis Nabi Muhammad saw dalam hadis 40 iaitu hadis yang ke 4...

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "
Dalam huraian hadis di atas, telah disebutkan tentang kebesaran Allah swt dalam penciptaan manusia dan makhluk2 yang lain. Pada hadith ini ditegaskan asal permulaan kejadian dan cara terbentuknya, amal yang dilakukannya dalam masa hidupnya dan tempat yang akan didiaminya setelah mati kelak.

timbul persoalan... ''habestuh lau dah smuanya tercatat, nape nak kne usaha lagi??'' MySpace cube fikirkan haa....

Cuba ingtkan smula apa tujuan kita diciptakan yang telahpun dicatatkan dalam al-Quran..

1) khalifah
2) hamba/abid

dua perkara yang sgt lengkap untuk menggambarkan sebuah kehidupan yang cukup sempurna yang digariskan islam.

Walaupun sebuah kehidupan ini telah pun ditetapkan pengakhiran kita, sebagai seorang islam, kita harus meyakini bahawa suatu amal itu tetap akan dinilai dan ditimbang oleh NYA dihujung waktu nanti.. apakah dengan kemewahan yang kita dpat telah kita gunakan ia sebaiknya? apakah ujian2 kesedihan yang ditimpakan kepada kita telah kita ambil ibrahnya atau berlalu sekadar suatu yang menjatuhkan nilai sebuah kehidupan?... segalanya akan ditanya... tidak ditinggalkan walaupun sekecil zarah...

agak2nya kalau kita dapat suatu kemewahan dan kejayaan tanpa usaha penat lelah, agak2 manis tak kejayaan tuh? agak2 terasa tak keseronokan suatu kejayaan tu? paling takut, agak2 nanti kalau Allah tanya apa usaha kita, boleh tak kita jawab? ..

pernah dengar tentang istidraj?


Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

[warna biru ini di copy di http://www.facebook.com/profile.php?id=100000290055754#!/note.php?note_id=149008458480594&id=107775115929439]


jadi, apa pun keputusan yang kita dapat SETELAH KITA BERUSAHA, yakin lah bahawa ia telah pun ditetapkan Illahi 1000tahun lebih awal dari sebelum penciptaan kita... yakin lah, bahawa keadilan Allah itu bukan lah pada nilai yang sama rata, tetapi ia bergantung pada nilai keperluan yang terbaik buat setiap insan. Apa pun ketetapan buat kita, yakin lah itu lah yang terbaik buat kita.. namun, usaha dan usaha dan usaha tetap perlu..kerana sgalanya berlaku atas ketentuan dan kehendakNYA jua...Beruntung dan bersyukurlah jika kita terpilih Allah untuk berada bersama islam yang sebenar2 islam..namun bagi mereka mungkin sahabat2 terdekat kita yang belum menerima islam sepenuhnya, bukan lah kita yang mampu memberikan mereka sebuah cahaya hidayah itu kerana ia milik dah hak Allah, namun, usaha kita sebagai hambaNYA haruslah sentiasa mendoakan mereka dan berusaha memantapkan diri dengan ilmu-ilmu islam supaya mereka yang lain juga bisa merasa betapa indahnya islam itu... ^_^


wallahu'alam ...


jom jalan-jalan MySpace


assalammualaikum~

1 komen:

  1. Cikgu Akim said...:

    hajar jangan lupa amek award!

    http://loqkimagri.blogspot.com/2010/11/award-blogger-cemerlang-khas-untuk.html

    maseh sebab banyak berjasa selama ni..hu3

Post a Comment